Isnin, 10 September 2012

Konflik Hidup

Harapan. 

Sedih.

Masalah.

Konflik.

Susah hati macam tisu. Kadang-kadang nampak garang, tetapi bila datang masalah macam ni, terus tak kuat, terus rasa nak lari ke rumah kawan. Terus rasa 'kalau dia tak wujud, kan senang'!! Allah, apalah aku merepek. 

Tetapi hakikat hidup memang begitu. 
Lagi-lagi apabila konflik dan masalah ini harus ditelan seorang. Tak boleh suka-suka cerita dengan orang. Lumrah hidupkan.... Harus pegang seorang diri. Harus tabah.. Harus tahan lacrimal gland tersebut daripada terus mengalir. 

Entahlah. Harapan itu selalu nampak palsu. Entah macam mana para nabi dahulu boleh kuat, walaupun janji tiba dengan lambat sekali. 

Keyakinan diri yang selalu berada di paras bawah, semakin jatuh ke bawah. Terfikir ape lagi yang mampu menguatkan aku. Sedih melihat orang lain, mereka dengan kebahagiaan mereka. Aku dengan begini, serabut luar dan dalam. Mahu lari ke mana??

Sudah berada di sini pun tidak bersyukur, mau lari lagi ke mana Ummu?!

Cuba mencari kawan yang faham. kerana bukan semua berada dalam keadaan begini, apabila jumpa, cuba meluahkan perasaan. Tetapi susah menjadi orang tidak popular dan serabut ini, kata-katanya dan ceritanya selalu dipotong. Disuruh diam apabila mahu bercerita. Kerana diri ini tidak seperti mereka, popular! .. Kadang-kadang terfikir, apa yang aku buat ini sebenarnya. Meluahkan perasaan kepada orang yang tidak mahu mendengar.  Ah, serabut lagi! 

I know I'm a good listener, but nobody wants to listen to me.

Simpan ajalah ummu, mungkin Allah mahu kau simpan. 

Susah hati macam tisu, senang koyak bila kene air. Jadi la macam kertas dan batu sikit. 

Macam mane ntah nak jadi HO. Kene herdik dengan doktor senior semua. 

Ahh..   
serabut.
 

 

2 ulasan:

  1. Andai anda tiada kasut jgn melihat manusia yang berkasut tapi lihatlah yang tak berkaki. Smile always~~

    BalasPadam

I do read comments :) so feel free to drop some.