Isnin, 2 Julai 2012

Yeay for the New President!

Assalamualaikum.. :)


Yes, I know. Alhamdulillah... ^____^


Maaf ini bukan perkara baru, tetapi cuma tidak sempat nak update tentang apa yang belaku di Mesir. Media internet sekarang di hujung jari, ramai sangat dah update tentang Mesir ni. Kepada yang tidak tahu, silalah cari dan baca kerana ini sebahagian daripada sejarah dunia yang akan kita ceritakan kepada generasi akan datang. Harus kita cerita! 


Pada hari pengumuman tersebut, (3 petang waktu mesir) memang timeline Twitter dan news feed Facebook penuh dengan debaran. Dan saat-saat jawapan telah diketahui, Facebook dan Twitter macam bom dengan nama 'Dr Mursy'.. hehe.. Katakan tidak kepada Shafiq. Dengan 51% kemenangan memihak kepada Ikwanul Muslimin, selebihnya tentu kepada Shafiq. Oh, itu yang tidak mampu dicerna minda sampai sekarang. Mengapa wahai rakyat mesir? Masih memilih 'bekas' Mubarak?... Ala kulli hal, alhamdulillah. Allah yang memilih. Allah yang jadikan ini berlaku. Thank you Allah. 



Ada banyak diceritakan sejarahnya di internet especially facebook, jadi silalah baca. Tidak mahu mengulas panjang sebab rasanya semua dah tahu tentang latar belakang beliau, dari Mesir ke United States. Seorang yang terpelajar, tetapi masih merendah diri. 


Cumanya secara peribadi sangat tersentuh melihat rumah beliau. Di Mesir, hampir semua rumah rakyat biasa di sini ialah berbentuk rumah flat, anggaran normal dalam 4-5 tingkat. Orang kaya atau  miskin, semua rumah flat. Cuma bezanya kalau kaya, wujud sebuah lif dalam bangunan tu, rumah pun luas sedikit (banyak bilik), bercatkan emas, kaca, permata. hehe. ok terlebih pula. Rumah banglo hampir tiada, kalau ada hanya pernah ternampak di Cairo, macam Villa. Ala-ala istana gamaknya. 


Kebetulan hari itu ada yang tunjuk rumah Dr Mursy di facebook. Allah, tak tumpah macam rumah sewa kami di Tanta. Bangunan yang kelabu, hambar, tidak dicat. Memang begitulah rumah semua orang di Mesir. Jadi, 'salute' kepada Dr Mursy, kerana terserlah kerendahan kedudukan beliau. Malah kebetulan saya pernah melihat rumah Vice Dean Tanta University yang lagi besar dari rumah rais mesir sekarang ini.



Yang keduanya, amat tersentuh melihat isteri beliau, Puan Naglaa Ali Mahmoud. Sebenarnya mahu share beberapa fakta tentang beliau, tetapi entah ke mana hilang link tersebut. Sangat menarik, tetapi tak ingat secara detail, takut tersebar perkara tidak pasti pula. Tetapi yang pasti, pandangan pertama memang menarik hati. Pakaian yang beliau pakai sama seperti makcik-makcik arab biasa, di pasar, di bandar atau di kampung pakai. Sungguh. Sungguh keibuan. Ada juga gambar anaknya berpakaian yang sama. Bukan seperti kebanyakan isteri pemerintah yang mahu bergaya semampu boleh, ini benar-benar lain. Bukan juga seperti wanita-wanita arab Mesir yang sangat rancak bergaya. Saya sayang beliau kerana Allah! Moga Allah menjaga Dr Mursi, Pn Naglaa, dan keluarga.. Moga mereka mampu menjaga Mesir di bawah lembayung Islam. Islam for All. :) 


Dengan kekuatan keluarga mereka sebagai hafiz dan hafizah Al-Quran, akan saya semat di dada kebaikan mereka. Mencari apa ada pada mereka, yang tiada pada diri ini. Oh banyak!


Semoga kita semua diredai Allah. Semoga ini yang terbaik buat Mesir.


1 ulasan:

  1. merit casino - XN Play
    The site is operated by the same youtube to mp3 group as one of the most popular online 바카라 사이트 casinos. Players are able to play on slots 메리트카지노총판 in any language.

    BalasPadam

I do read comments :) so feel free to drop some.