Sabtu, 4 September 2010

Ramadan yang berbeza




Assalamualaikum kepada pembaca yang dirahmati Allah.

Pada ketika jari sedang tangkas menaip, hari sudahpun mencecah 25 Ramadan. Mengingatkan kembali kepada diri ini, betapa amal ibadah itu tidak seperti yang diharapkan.

Akhir-akhir ini kerap mengira di jari-jemari hari-hari yang tinggal. Bukannya teruja sangat menyambut Syawal, tetapi meratapi pemergian Ramadan. Entahlah, pertama kali berpuasa di bumi Anbiya mengajar erti Ramadan sebenar. erti Qiamullail. erti iktikaf. erti memberi. erti sedekah. Allah! Ini sangat berbeza dengan apa yang berlaku di Malaysia ; semakin tiba Syawal, semakin itulah kaki giat berjalan mencari baju raya, kasut raya, langsir raya, dan bermacam-macam lagi bertemakan raya.

Berbeza di Mesir, 10 malam terakhir ini digunakan sepenuhnya. Kawan saya bercerita, dia pernah cuba untuk beriktikaf di masjid Arab dua hari yang lalu. Katanya, masjid lagi penuh ketika iktikaf di tengah malam daripada terawih pada malam itu. Kagum bukan? sedangkan ketika terawih sahaja, mereka yang bersolat melimpah hingga ke divider jalan. MashaAllah.. dan sejauh mana pun pelajar Malaysia tidak menyukai kerakusan dan keganasan Arab dalam sehari-hari kehidupan mereka, namun secara kasarnya hubungan mereka dengan Allah amat berbeza dengan kita. Semangat itu yang kita harus ambil. Semangat untuk berjumpa Allah! Semangat rindukan Allah!

InsyaAllah kita semua boleh berubah! Bukankah "a long journey begin with one step"?? :)


Rancangan Allah memang hebat

Ya, semalam tergamam dengan perancangan Allah. Bersyukur. Macam-macam perasaan pun ada. haha. Kalau ada yang baca di status fb semalam tahu la apa kesahnya. Rasa nak beritahu satu dunia pun ada, tapi tidak mengapalah. Allah tidak perlu diberitahu betapa hebatnya Dia :) yang penting, sewaktu menjadi seorang musafir, kena selalu berdoa dan bersangka-baik dengan apa pun yang tidak pasti akan berlaku. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadan ini. Allah itu maha pendengar ya kawan-kawan.

Sekarang diri ini sudah matang dalam berjalan (insyaAllah) , boleh pergi ke Kaherah berdua bersama Rabeaa El Adawea untuk pergi kelas Syeikh Nuruddin di rumah Kedah (syeikh tu indonesia. ulama nusantara. memang best. ilmu tinggi. ramai sangat ustaz & ustazah pergi hadiri kelas syeikh itu. syeikh tersebut 2 kali setahun berkunjung ke Mesir untuk menyampaikan ilmu. ok. Sesiapa tak kenal, boleh la cari kat youtube : Syeikh Nuruddin).Seterusnya boleh pula terus pergi ke Alexandria tanpa penyambut di sana dengan menaiki train (first time) yang mana boleh dilabel sebagai kes berani-mati. haha. alhamdulillah. Allah tolong. Kami selamat sudah di Tanta sekarang. Esok mahu jalan lagi. (hint : pyramid ) :P

nota : lawati laman web best ini http://www.almuttaqin.tv/ - "Mendekatkan Anda dengan Ulama"

sempat berjalan semalam di hadapan Masjid Rabiatul Adawiyah ( Rabeaa El Adawea ) suka betul cik Rabeaa kite hehe


Cemburu pula

Cemburu kepada seorang rakan [Andi] yang sedang menjalankan attachment di hospital! Department O&G pula tu! haha. Sesiapa nak baca boleh la pergi ke blog beliau : http://adlyanaanwar.blogspot.com/ baca dari 1st day tau :) Andi baru sahaja start dari 1.9.2010 kalau tak silap. Mabrouk Andi kerana mendahului rakan kau di sini melihat benda-benda 'best' di hospital. argh.. jelous!


Singkat sungguh masa!

Daripada Anas bin Malik R.A. berkata : Rasulullah S.A.W bersabda; “Tidak akan terjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti petikan api”.

Keterangan Hadis :

Masa akan berlalu begitu cepat. Belum sempat berbuat sesuatu, tiba-tiba masa sudah berlalu begitu sahaja, sehingga banyak perkara yang belum dapat diselesaikan. Kita seakan-akan sibuk, tetapi kita tidak faham apa yang disibukkan. Kita di buru masa dan ia berlalu dengan tidak ada perkara yang dapat kita selesaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan singkatnya masa.

Menurut Imam al-Karmani, yang dimaksudkan dengan singkatnya masa itu ialah dicabut keberkatan daripadanya. Memang benar apa yuang dikatakan oleh Imam al-Karmani itu, dahulunya kita merasakan dalam sehari banyak perkara yang dapat kita laksanakan, tetapi sekarang dalam sehari yang sama hanya sedikit perkara-perkara yang dapat kita laksanakan. Ini adalah satu petanda hampirnya kiamat.

(source : http://www.izoblog.com/bicara-agama/masa-yang-berlalu-pergi-begitu-singkat )

Last but not least, I humbly request to all the viewers of this blog to watch this video! :) Kinda interesting. One of the ads that you'll never see in Malaysia. I don't know about Egypt coz I don't have TV here~ :)





Let us perfect the remaining days of our Ramadan~ :)


Ramadan Kareem


Salam Perantau,

Ummu Afiqah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

I do read comments :) so feel free to drop some.