Ahad, 10 Oktober 2010

oh blogku! ( koleksi cerita terpendam )

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum kepada pembaca yang diredai Allah..

hehe ;) dimulakan dengan senyum-senyum kambing.

ok saya ada blog kene tulis rupanya! sebenarnya macam-macam nak cerita.
cerita betapa BESTNYA raya di Tanta, Mesir.. cerita itu dan ini.

tup tup.
dah masuk hari 1st sekolah! :)
aha dapat Group B. jangan pelik okey! , ada hikmah di mana-mana.

Sekarang merasakan lombokan cerita-cerita hati dan jiwa itu wajar dikuburkan di dalam memori sahaja. (entry penuh dengan gambar nanti.. mumkin)

Walau apa pun, kesimpulannya jujur dari hati, tibbian sekalian harus merasa walaupun sekali tinggal di Tanta ketika Summer Break, kerana hikmahnya begitu banyak. Ini lebih baik bukan? daripada pulang ke Malaysia lalu membuat status di ym 'boringnya', 'bosanlaa..' dan sebagainya. (hargai masa walau di mana sahaja) ^-^

Pengalaman menjadi akak
Oh ya. Saya jadi kak musyrifah. (rasa macam tak sesuai pada mulanya kerana memang tak sesuai lar! huu )

tapi Allah nak juga beri hadiah,

dapat adik-adik yang best. lebih mantap arab amiyah daripada kak musyrifahnya~
malah melengkapi kekurangan kak musyrifah tanpa mereka sedar.
Nadia, Kamalia dan Ira.. 3 gadis ini sudah pindah ke rumah masing-masing.
jangan lupa akak ;)

Kamu bertiga, saat berjumpa dengan kalian membuatkan akak rasa....... arr.. nak suruh korang masak je la lagi!! haha :P

Tanta semakin penuh
Akhir-akhir ini juga sahabat-sahabat dari Malaysia sudah pulang! :) erm tiba-tiba rasa rimas tengok ramai orang pula. haha. ngade-ngade betul ummu. hari tu rindu sangat! :P
ok betul, memang rindu akhawat Tanta sangat-sangat. ;D
Orang-orang yang disayangi pun sudah tiba. Macam apa aja menangis teresak-esak menyambut ketibaan rakan di Cairo Airport. Ni baru kawan, macam mana kalau mak abah adik nenek mak long pak long sepupu spapat jiran 44 kiri kanan semua... hahaha.......

huhu haru biru jadinya. (naseb baek Hari Raya tak layan perasaan sangat, layan lagu sudaa )

wahai cik Ummu!!! baru setahun ni! konon-konon TAHUN 3 baru nak balek Malaysia!!~ ahaks. macam mana ni. matang cepat. matang. mature. am I?

.....................................................

huuu
macam koleksi la sangat post ni.
macam pening dan tak faham je baca kan? Perempuan memang macam ni. serabut -_-"

okey ape pun,

adinda Biochem & Anat.
serta kekanda
Histo & Physio.
You guys are always in my heart & mind (tho not always in a good condition) :P

~~
ukhuwah dan memori ringkas ;)



To Eternity and Beyond!!!!!!!
Buzz Lightyear in a medical confusion mission


New Year is coming.
New BOOKS are ready.
Let us enjoy the class.
..SMILE WITH ALL YOUR HEART..




p/s : aku memang tak tido dalam kelas arini. serius. aku berkerut-kerut je, tapi doc kate aku tido. sedey dan malu sangat. sobs. sobs. sobs.-_-"


Till then, salam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

I do read comments :) so feel free to drop some.