Sabtu, 7 Ogos 2010

Selamat Hari Lahir, Mak!

Salam.

hari ini 7/8/2010 buat pertama kalinya saya menyambut hari lahir mak di luar negara (eceh luar negara tu) Jam detik pukul 12 pagi Malaysia, saya pun sms mak dengan gembira. mesti la mak dah tido kan, dah pagi baru mak balas. hari ini hari lahir mak yang ke-52. walaupun umur mak memang lagi tua dari abah, tapi mak memang nampak tua.. hehehe. jangan marah mak :D gurau je.

Tetapi sedih juga, saya tidak dapat bercakap dengan mak seharia
n. sebab hari ini hari Sabtu!~
Dengan menggunakan beberapa euro yang tinggal dalam LowRateVoip, beberapa kali juga saya call.. Mula-mula m
ak tak angkat, lepas mak sudah jawab, sibuk pula. Orang dah sibuk, takkan saya mahu call lagi. huhu. saya sms aja banyak-banyak (takde la banyak sangat huhuhu), mengadu sakit tekak, sakit itu, sakit ini.

Oh ya, dan hari ini hari
Sabtu, di mana shopping complex Summit Parade Batu Pahat, Johor ramai orang (alhamdulillah).. ye. ape kene mengena mak saya dengan Summit Parade? sebabnya ialah di sanalah terletaknya teratak restoran ibu bapa saye..

Syukurlah ada ramai orang pada hari ini, mungkin hadiah Allah untuk mak saye di hari jadi beliau :) Sebelum ini, sangat susah Summit mahu penuh. Mak saya bilang seakan-akan mahu mati. Bukan mak saya mahu mati, tapi Summit yang seakan-akan bersedia dikuburkan. huhu ye la, saingan terdekat BP Mall dan juga err.. ape tu lagi satu mall sebelah Carrefour, terus membesar dan menarik penduduk BP yang beberapa kerat itu. erm. tak sampai setahun di negara orang sudah lupa tempat-tempat popular di kampung sendiri.. mesti marah geng-geng Pluto saye. :P (ar rindu mereka pula)

Berbalik kepada cerita Summit, alhamdulillah hari ini ada ramai orang berkunjung ke restoran mak. Sibuk bukan kepalang hingga jawab telefon anak perempuan sorangnya pun payah, huhu. Namun begitu, mak sempat membalas sms-sms yang saya berikan... antara sms mak,
"Allah tahu di akhir Syaaban ada rezeki untuk Ramadan"
Saya suka sms tersebut. Ya, Ramadan bakal menjelma. Itu bermakna restoran comel mak saya akan ditutup selama sebulan, bagi menghormati bulan yang mulia itu. Maka, rezeki yang muncul akhir-akhir Syaaban ini amat kami hargai.

Bla malam pula menjelma di Malaysia, saya berhasrat mahu call mak balik, tapi saya kira-kira mak mesti penat. Takpelah, sekurang-kurangnya hari ini mak balas juga sms saye. :D Saya sayang sangat mak saya ! Saya percaya awak pun kan?? :)

Selamat Hari Lahir Mak!

Sanah Helwah ya Gamilah!
Eid Milad Saied ya Mama~

ikhlas daripada anak dara mak sorang yang comel ini. huahua.. :P (nak menggedik pula)


nota kaki
: PCT sudah mula mengumpul barang-barang lama untuk disumbangkan kepada saudara seIslam di Mesir, saya tertanya-tanya barang-barang apa yang mahu saya beri sebab rasanya macam semuanya digunakan.. huhu.. takpe, akan dibongkar dengan lebih teliti.

nota tangan : saya sudah mula TERfikir-fikir dan TERkira-kira darab bahagi convert duit RM kepada LE, untuk balik Malaysia. Mesti
Rabeah El-Adawea marah kan? hahaha :P ok ok .. tak balik.. tak balik.. aku akan bersama kau susah-senang puasa di tengah panas terik mentari Mesir. hahaha


ditulis oleh anak sulung mak yang penyayang, (uhuk uhuk)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

I do read comments :) so feel free to drop some.