Isnin, 11 Februari 2013

Tudung Bawal

بسم الله الرحمان الرحيم

Masa awal-awal datang ke Mesir, berusaha bawa tudung bawal mak sekali. Tudung kalau boleh nak bawa banyak, biasalah perempuan.  Best pakai tudung mak sebab tudung mak mahal sikit. Selepas setahun menjejak kaki di bumi Mesir , perasaan nak pakai tudung bawal semakin berkurangan. Lalu 'upgrade' ke tudung Mesir yang lebih tebal. Makanya tudung-tudung bawal tersebut tersadai di dalam luggage bawah katil. 

Ehsan Google
Mula-mula rasa berat sangat nak bagi tudung tersebut kepada kawan-kawan. Yelah, tudung mak kita, sayang sangat. Malah ada rasa serba salah sebab tudung mak mahal dan mak bukan jenis orang yang selalu beli barang mahal. Tetapi setelah telefon beberapa kali, mak semakin mempersoalkan tindakanku yang masih menyimpan tudung tersebut. Lama-lama jelas yang apa yang harus aku buat - let go things! 

Cerita Ustaz
Isteri Nabi Muhammad (s.a.w) yang ke 12 iaitu saidatina Zainab binti Khuzaimah pernah digelar ''Ibu Orang Miskin'' kerana beliau sangat pemurah dan suka beri makanan kepada orang miskin. Ustaz Jamiluddin juga bercerita hari itu tentang betapa besarnya peranan seorang perempuan yang memiliki sifat pemurah kerana masa Ustaz belajar di Yaman, pernah suatu ketika kumpulan pelajar di sana meminta bantuan derma daripada seorang kaya yang sangat pemurah. Suaminya kaya tetapi pendiam, isterinya pula sangat peramah dan bersungguh-sungguh memberikan mereka bantuan duit untuk program pelajar agama di sana. Di situ sangat jelas betapa seorang isteri memainkan peranan penting menyalurkan duit suami ke arah kebaikan dan dengan izin Allah berganda-ganda pahala mereka. 
.... Pesanan untuk diri sendiri sebab selalu susah nak let go beloved things, dunia.  T_T

Sekarang rindu dengan Mak. Moga Allah permudahkan urusan mak abah berniaga. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

I do read comments :) so feel free to drop some.