Selasa, 19 Februari 2013

Selamat menjadi 22!

بسم الله الرحمن الرحيم

Semalam dan kelmarin merupakan hari lahir sahabat serumah tersayang, Afaf dan Umirah. 2 orang pertama di rumah ini yang menjadi 22 pada tahun 2013. 

Mereka berdua satu-satunya yang berkongsi bilik di rumah kami, hari jadi pun terlalu dekat, sorang 17 dan sorang lagi esoknya 18 Februari. Memang mustahil untuk disambut berasingan. 

Mereka berdua orang Kelantan, sorang Tumpat dan sorang lagi Pasir Mas. Pernah pergi ke rumah mereka tahun lepas, best. :) Dulu pernah je terdengar cerita (ok cerita ni semua orang luar negeri Kelantan tahu) yang ramai tak suke orang Kelantan sebab semangat kenegerian kuat. Tapi setelah berumah dengan 2 orang akhawat ini, tiada satu sebab pun yang berkenaan Kelantan menyebabkan kami tidak suka mereka. None! We all love them as much as their adik-adik.. hehe. So jangan tak suka orang sebelum kenal mereka, tak kira la mereka datang dari negeri mana sekalipun.



Alhamdulillah sempat sambut dengan hidangan yang sederhana serumah kami 6 orang. 

Umur 22 sangat besar. Mungkin bagi mereka yang dibesarkan tanpa batasan sosial, 22 lah waktu hidup sebebasnya dan mula sertai 'kunci kebebasan' yang diwar-warkan media barat. Tetapi dalam Islam tentu berbeza. Totally. 

Seusainya hidangan kami ; Pizza by Lala, Apam Polka Dot , Cheesecake by adik afaf,  Sushi by Anis and Kek Kreaz by A'ah and me.. Kami pun berbual, dengan serius, tentang kehidupan selepas ini, alam rumah tangga khususnya. 

Tiba-tiba ia menjadi perbualan yang matang, secara serius masing-masing kemukakan perancangan untuk berumah tangga bila. Rata-rata tiada calon lagi, tapi sudah ada idea bila mahu mencari dan bila mahu masuk ke alam itu. Tiba-tiba terasa sedih sebab kene lepaskan housemates tersayang beberapa tahun akan datang. Ada yang rancangnya tahun depan, ada yang lepas kerja. Rasa macam aku sorang tak nampak dengan jelas bila nak berumah tangga. Maybe because I'm the least attractive among them all. heh. tetibe. 

They all are great friends. I can see now what kind of mother they will be one day. Well, I can see clearly sape yang kuat bebel dan siapa yang rajin masak dan sape yang keibuan sangat. hehe. 

This will be a great year insyaAllah. 
May Allah bless this ukhuwah. 




2 ulasan:

  1. selamat hari lahir..semoga panjang umur murah rezeki...biasa musim panas mesti ada pijat kan...muahehehe

    BalasPadam

I do read comments :) so feel free to drop some.