Rabu, 9 Januari 2013

Melawan angin sejuk 2013

Bismillah...

Sejuk. Kering. Bergelumang dengan selimut. Rindukan haba. 


Dalam rumah kering, vaseline sering kali di sapu ke bibir dan permukaan kulit yang kering. Di luar sana, hujan renyai-renyai menambah lecak di bumi Mesir. Lecak coklat yang sungguh tidak menyenangkan, dengan sistem perparitan mesir yang hampir tiada (kerana tidak kerap hujan) , lecak kekal begitu selama beberapa hari. Setiap hari pulang ke rumah bagaikan pulang dari sawah. Kasut siapa yang suci bersih tu pandai terbang agaknya.  

Alhamdulillah, masih ada kekuatan untuk tidak buka heater. Bimbang bil elektrik melambung seperti tahun lalu. 

Alhamdulillah juga masih mampu belajar dengan cuaca begini, walaupun minda jadi tumpul dengan penangan sejuk-lapar-tidur. 

Walaupun tiada salji di Mesir, tetapi kalau jumpa heater mesti jadi macam ni. 


InsyaAllah moga hari-hari lepas ini tidak sesejuk malam ini. 9 celcius pun dah rasa macam nak ambil air wuduk subuh dan kalau boleh tahan sampai isyak. macam manalah mereka yang duduk di negara -ve celcius dan bersalji. Hebat betul ikhwah yang boleh solat subuh ke masjid waktu-waktu macam ni. Kat rumah ni pun, housemates ajak solat jemaah pun dah jadi makin berat, susah betul nak dapat 5 waktu jemaah. Aish. tak boleh macam ni. 

Kuat lawan sejuk. Lawan tetap lawan! ahaks. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

I do read comments :) so feel free to drop some.