Sabtu, 29 Disember 2012

Sad dayss...


Jadi, antara perkara emosi yang dilakukan selepas kematian Yayau ialah mengadu dengan KTAJ. KTAJ stands for ''Kucing Terbiar & Anjing Jalanan". Diorang ni macam komuniti yang memperjuangkan nasib-nasib haiwan-haiwan yang terbiar. Cool sebenarnya. Aktif juga di facebook dan blog. Cari-carilah nama group tu di Fb kalau rajin... Banyak gambar kucing comel-comel untuk di-adopt.

Kalau baca email di bawah memang la agak emosi apa yang ditulis awal-awal tu, ye la time tu mata masih bergenang air mata. huhu. But their response couldn't be more helpful.. I wish I know these earlier.... Apepun kene redha....takdir Allah... 

Alamak tulisan kecil pulak... 
Ok copy paste apa KTAJ punye response...:
Hi, 
We are really sorry for ur loss. 

Klinik kerajaan ni memang susah sikit. Nak saman pun kena ada postmoterm yang membuktikan kesilapan itu berpunca dari mereka. Sekiranya dapat di hantar ke klinik lain sebelum ur cats passed away, maybe boleh dapat identify apa penyebab kematiannya. 

Sebab itu kami kurang menggalakkan pemandulan di lakukan di klinik kerajaan melainkan Klinik Kembiri Setapak di mana kami dha menghantar beratus ekor kucing dimandulkan di situ. Ada satu kes di mana tuan kucing tak bukak bandage betina yang telah dimandulkan untuk beberapa hari. Bila dibuka, lukanya jadik berlubang dan menanah akibat terpempam dalam balutan. Ini kesilapan pemilik itu sendiri. Dan apabila di bawa ke vet lain untuk pemeriksaan, rupanya kucing beliau positif leukimia. Sebab tu luka pembedahannya lambat baik, malah semakin teruk berair. 

So next time, pergi ke vet yang kita dah tau prestasi mereka bagus dan dah banyak melakukan pembedahan pemandulan. 

Kucing pertama saya juga mati 10 hari selepas pemandulan. Selepas post moterm, didapati kucing tu dijangkiti FIP masa diwadkan di klinik 2 hari selepas pemandulan. Rasa memang nak saman je vet tu. Tapi nak buat macam mana. Nama pun klinik haiwan. Tentulah banyak kucing sakit di hantar ke sana dan kalau tak saya bawa pulang kucing saya untuk dijaga sendiri selepas pembedahan, kemungkinan ia takkan dijangkiti FIP. 

But what happened, happened... 

Mula2 rasa trauma nak mandulkan lagi kucing2 sebab takut kejadian sama berulang. Tapi tak sanggup tengok kucing terseksa masa musim mengawan.. bila buat bising, kita pun rasa nak naik darah.. So lepas bertanya kepada rakan2, now semua kucing2 saya dimandulkan di sebuah klinik di Shah Alam satu persatu bila cecah usia matang. Saya tinggal dan menetap di Penang, tapi saya sanggup ke sana sebab saya hanya akan pergi ke doktor yang dipercayai dan reputasi yang baik. Alhamdulllah, 6 ekor kucing dan 7 ekor arnab telah dimandulkan tanpa sebarang komplikasi dan luka pembedahan hanya kelihatan seperti bekas gigit nyamuk je. Walaupun kos pembedahan agak mahal iaitu RM200 seekor, tapi buat sekor2 dulu. So tak terasa sangat kosnya. lebih baik daripada hantar ke doktor yang kita pun waswas, pastu yang terima padahnya ialah kucing kesayangan kita. 

Kalau keluarga menetap di KL Selangor, kami sarankan ke Klinik Kembiri Setapak je. Kos cuma 50-70 dan luka pembedahan kecik je. 



Ok thats all I wanna share. Hopefully there's no more dead after visiting vet clinic T___T 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

I do read comments :) so feel free to drop some.