Rabu, 16 Mei 2012

When A Girl Cooks...

Salam Imtihan semua. 


Dalam hentian sebentar menjengah blog, rasanya mahu tulis sedikit apa yang terbuku di hati..


Memasak dan perempuan itu sangat sinonim, malah secara fitrah dan kebiasaannya ibu mertua akan berkeinginan mendapatkan menantu yang pandai memasak untuk anakanda lelaki kesayangannya. Malah apabila disebut 'isteri', terus terdetik 'masak'. Maka bertebaranlah cerita dongeng berkenaan suami yang amat suka masakan isterinya, lantas kasih sayang terus bercambah. ok stop. 


Berdasarkan pemerhatian saya, seorang perempuan sangat mudah untuk belajar memasak. Selama mana berkunjung ke rumah kawan-kawan di perantauan ini, tidak pernah jumpa dengan gadis yang 'bodoh' memasak. Memang tidak pernah. Maka sebenarnya memasak itu tidak susah, boleh belajar, boleh diperbaiki dari semasa ke semasa. Jangan risau mak-mak mertua, jangan risau kaum adam. Semua itu hanya perlukan kehendak (will).. Tak caya ??Percayalah kerana saya di antara orang yang mula memotong bawang dan ayam di perantauan pada umur 18 tahun. Alhamdulillah sekarang tidak risau lagi ke dapur, walaupun tak sehebat yang lain, tetapi bolehlah.. 


Jika difikir-fikirkan tentang seorang perempuan itu, apa yang lebih membimbangkan ialah..... kekemasan. See, diri ini bukanlah gadis terbersih di Tanta. Malah selama belajar di Mesir, banyak yang dipelajari daripada khususnya rakan serumah tentang pengurusan rumah tangga dan kebersihan. Contohnya, ketika gotong-royang rumah yang diadakan 1-2 bulan sekali, jika giliran pada hari tersebut ialah membersihkan bilik air bukanlah bermakna sekadar menyimbah air dari sudut tandas, tetapi lantai akan disental sehingga warna putih di antara mozek menjadi putih suci. (tetapi disebabkan semua sibuk sekarang, tak dapat buat gotong-royong rumah selalu, belajar lagi penting, ingat tu) 


Kelebihan saya ialah pernah duduk bersama rakan akhawat yang berbeza-beza. Sometimes you never know, 'this' kind of girl have 'this' kind of attitude towards cleanliness. 


Kekemasan dan kebersihan itu bukanlah milik setiap insan. Saya bukanlah orang yang paling tegang cadar tilamnya, tetapi saya amat pentingkan dapur. Orang lain bukan begini. Ada yang totally opposite diri ini. Bilik terlalu bersih dan kemas, tetapi tidak mengendahkan dapur. Macam-macam. Untuk mengetahui sebenar-benarnya kekemasan seorang, jenguklah ketika dia sendirian, bagaimana dia mengemas dapur selepas masak. Apakah reaksinya apabila melihat sampah di ruang tamu. Adakah dia mencari atau membiarkan sampah di rumah (selain bilik sendiri)... Mungkin selepas ini saya sendiri kena lebihkan menyapu lantai bilik sendiri. huhu.  


Sakit jantung apabila bergurau-senda tentang kebersihan dapur, jawapan yang diterima ialah ''Ala, takpe nanti dah kahwin, suami aku la kemas. Aku masak, dia bersihkan dapur''.. (macam-macam versi jawapan lebih kurang ini diterima.. )
-Saya amat pantang orang yang mengharapkan bantuan lain sebelum cuba dahulu-


Pandai memasak itu tidak sesukar pandai mengemas. Jadilah pengemas kerana itu menyenangkan ramai orang di sekeliling kita. Mengemas bukanlah sekadar mengemas bilik, tetapi membiarkan dapur terbongkang. Semuanya kena sama-rata, barulah boleh kata diri itu pembersih. Lawan pembersih? Pengotor. 


Kepada akhawat yang terbaca ini, jadilah pembersih. Mahu Islam difitnah disebabkan kita pengotor? Tidak bukan?.. :) Menjadi pembersih dan pengemas bukanlah kerja sehari dua. Sedikit-sedikit lama-lama boleh! Tanamkan sifat itu supaya kelak, rumah tangga kita sendiri lebih kemas dengan adanya kita.. ( Bercakap lebih kepada diri sendiri juga )


Apa pun, semoga berjaya di Imtihan masing-masing semua 


Doakan saya.. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

I do read comments :) so feel free to drop some.