Rabu, 2 Mei 2012

Fatrah Imtihan

Dengan nama Allah, yang maha pengampun lagi maha penyayang.. 
Selawat dan salam kepada manusia yang paling kita sayangi, Nabi Muhammad (s.a.w)
Assalamualaikum kepada pembaca. 



Alhamdulillah, Allah kurniakan nikmat kesihatan kepada mahasiswa Universiti Tanta untuk menghadapi Final Examination (bagi setiap tahun perubatan/pergigian masing-masing). Bayangkan jika kita tidak dapat duduk pun untuk peperiksaan ini, mahu tidak risiko mengulang tahun berganda-ganda gamaknya.  Syukur juga jari ini masih mampu menaip laju seperti biasa :P


Imtihan itu ujian. 
Begitu juga dengan hidup ini penuh dengan ujian. Teringat kata-kata Sis Wardina semasa melayari salah satu videonya di Youtube, katanya ujian setiap orang tidak sama taraf, sesekali tidak boleh kita samakan tahap ujian orang ini dengan orang sebelahnya. Allah itu maha adil. Jangan kita rasa kita yang paling teruk. Jangan kita rasa orang lain semua tak faham penderitaan kita seorang (bercakap kepada diri sendiri).


Memahami itu bukan perkara yang mudah. Syukur sangat Allah tempatkan diri ini dalam Bait Yusroun, ahli-ahli rumah yang sangat memahami. Walaupun mereka tahu diri ini mudah marah, tinggi ego dan lain-lain, tetapi mereka tetap di situ, malah menghulurkan maaf dahulu meskipun bukan mereka yang bersalah. Memang kena belajar sifat-sifat itu dari mereka. Rendahkan ego. Pandang dengan kasih sayang, bukan mencari kesalahan. Jangan terlalu fikir diri sendiri (mana tahu mereka ahli syurga, dan saya bukan T_T )  


Hari ini ahli bait saya exam paper pertama untuk tahun 3. Mereka semua tahun 3. Saya tahun 2, takpe dah redoo... Kepada yang baca ini, doakan ahli bait [ Siti Umirah, Afaf, Anis Iriani,Farah Afiqah, Dalila ] dipermudahkan dalam menjawab exam tahun 3 ini. InsyaAllah kullu najah :)


Hidup ini masih panjang (insyaAllah) , doakan orang sekeliling saya di rumah Malaysia, dirahmati Allah selalu, mak abah dan adik. 


Masalah itu satu masalah. Selesaikan satu-satu. Jangan serabut ummu. Kuat meskipun seorang diri. Masalah itu juga ujian. Ujian itu bukan dari uni sahaja, hidup ini juga penuh dengan ujian (sangat). Allah ada.. Percaya dan kuat.  Tidak mampu menjadi sesempurna mereka, jadi semampu diri ini. Walaupun bukan mudah seorang diri, dalam masalah yang tidak mampu dikongsi, tetapi kene kuat sebab Allah tahu Ummu boleh. 


Ahhh....


Andai mampu dikongsi... 


Allah ada..


Doa doa doa. 
What if I failed the tests You gave me? Oh Allah :( helpless... 

3 ulasan:

I do read comments :) so feel free to drop some.