Rabu, 11 Januari 2012

Musim sejuk 2012

Bismillahirrahmanirahim..

Assalamualaikum :)

Oh sudah 2012. Hai tahun baru. Walaupun sudah 11 Yanayir (baca: Januari) berlalu, tetapi macam-macam event, hot stuff, berita hangat dan hangit nun jauh di Malaysia. Terserlah bahawa rakyat Malaysia memang suka kepada benda-benda yang tidak pasti kesahihannya. Lepas itu bergaduh di laman-laman internet, komen-komen facebook berserta komen-komen youtube. Oh Melayu, gaduh dalam internet memang berani. (contohi pak arab, gaduh depan-depan, tapi lepastu lerai + peluk + bermaafan depan-depan orang juga.) 



Sekarang musim sejuk, baru tahu kawan kat ireland tak tahu Mesir ada 4 musim juga. Mungkin sebab nampak debu dan pasir je dalam gambar-gambar poster piramid kan? Padahal sini sangat subur lagi-lagi musim sejuk ada faraulah (baca: strawberry) , takpe takpe dimaafkan.. hihi.. Tetapi Mesir ketara 2 musim sahaja ; Panas dan Sejuk. Salji hanya turun di gunung Sinai, tempat Nabi Musa berdialog dengan Allah. 


Tahun ini tak terlibat dalam program PCT dalam bentuk AJK. Entahlah. Mungkin lanjutan kisah sedih ada 'akak sayang' kawin mengejut? Atau pun kisah sedih mengulang tahun? Atau pun memang sebenarnya malas? haha. Entah, jawapan sebenar tiada. Mungkin sebab diri sendiri pon tahu, mata ni segar aja edit-edit photoshop, tetapi nak buka mata pun payah baca anatomy. T_T   I promise myself I'll join UPP in year 4 (with Allah's will of course). Dan kene belajar fokus belajar!! 


Oh ya, atas persetujuan ramai, (orang arab + Malaysians) musim sejuk tahun ini teramatlah sejuk berbanding tahun-tahun lepas. Maha suci Allah, sesungguhnya panas itu memang best! Syukurlah anda jika berada di iklim panas.
    Kerana apa? 


Panas paling panas pun = hanya letih + peluh + tak selesa + masih boleh buat kerja, tetapi tak selesa. 


Paling sejuk pula = badan automatik menggigil tanpa dikawal (involuntary) + rasanya, kebarangkalian mati beku lagi cepat dari mati panas (Mati itu pasti) + tak boleh buat kerja sebab dah duk bawah selimut tebal (sampai tertidur) + Baru faham cerita mat salleh yang pengemis keliling tong ada bakar api, oh itu sangat nikmat! Panas! 


Musim sejuk di sini tidur dalam selimut lihaf yang tebal, berat dan best. Bulu selimut ini seakan carpet nipis di Malaysia. Memang penghalang angin sejuk yang sangat berkesan ketika tidur. Kalaulah tangan secara 'subconsious mind' terkeluar dari selimut ini ketika tidur, gerenti tangan tu beku dan minda terus tersedar dari tidur (maaf, hiperbola sikit).. hehe.. :P
 

Apa pun duduk di bumi para nabi dan anbiya'. Memang terfikir, kita sejuk macam mana pun, kita ada macam-macam kelebihan seperti sakhon (baca : pemanas air setia di bilik air. Tak macam kat Malaysia sebab saiznya besar). Sekurang-kurangnya ketika ambil air wudu', kita masih buka air panas, tetapi para nabi dan anbiya' macam mana? Syukurillah.. <3  


keluar rumah, toleh kanan


Jalan berani mati, can't see who's coming. Paling takut masa lintas jalan, seb bek diorg pandai buka lampu depan kereta. Ni masa kat area Gamaah (baca: universiti) je. 

Model tak berbayar. Kanak-kanak riang pun ada. 


Ala kulli hal, doakan selalu... :)


3 ulasan:

  1. waah..akhirnye hupdte jugak...

    p/s : x suke kena type word utk pengesahan bwah ni :(

    BalasPadam
  2. wey aku suke musim sejok..tido besss..
    jom la juin UPP..kami memerlukan tenaga yang ramai...jom2 :)

    BalasPadam
  3. Adawiyah.. hahaha.. aku pun tak suke gak


    ubai.. takpe, ramai lagi tenaga yg belum dikerah.. kene cari sampai abes :P

    BalasPadam

I do read comments :) so feel free to drop some.