Ahad, 9 Oktober 2011

Drama Indo

Astro rumah ada macam-macam saluran, lumrahlah itu, mana ada Astro orang 2-3 saluran je kan?
Satu perkara yang dapat dilihat perbezaan Astro di rumah kali ini ialah saluran Indonesia yang bertambah. 


Ada dua saluran TV : Astro Bintang & Astro Pelangi


-Memang kelakar. ada satu tu lawak realiti live yang kalah Senario. Mereka guna dialog spontan, memang pecah perut. :)
-Antara rancangan lain pula, rancangan realiti yang menunjukkan kepayahan hidup yang teramat dasyat di Indonesia, sampai ada bapa yang jual anak dara kepada seorang pak Arab kaya (muka arab tu di-blurkan). Boleh insaf dan bersyukur dengan hidup ini bila tengok rancangan itu. Macam-macam jenis kepayahan lagi mengikut keluarga masing-masing.
-Dan pelbagai rancangan Indonesia lain. Mak abah dah tak layan dah rancangan TV Malaysia. haha. 


TV Al- Hijrah juga best. (yang ini made in Malaysia :D ) 
Banyak yang berfaedah daripada lagha.


Kepada rakan taulan yang suka download cerita drama, ummu cadangkan 'Para Pencari Tuhan' sebab sangat best. Bahasa yang digunakan, memang menusuk kalbu. Ummu bukan peminat rancangan itu, mungkin dalam 20 kali ditayangkan, sempat lihat sekali-dua sahaja (sebab malas). Tetapi sekali-dua itulah yang rasa terlekat di kaca TV. Bahasanya lembut dan bermakna. Seolah-olah, para pelakon drama itu benar-benar hidup untuk berdakwah dalam watak tersebut, tidak semata-mata menghafal skrip. :) Ada yang waktu kelakar sampai nak pecah perut, tetapi pada masa yang sama menusuk kalbu dan tersentap. Entah bagaimana mahu dicerita, tetapi yang pasti tidak selagha drama Korea. haha. (sinetron ini tidak sakit kepala, dan tidak mengarut tau! :) )




TV bukan peneman sejati seperti orang lain, mungkin sebab utama berebut dengan Mak, (yang pasti Mak la menang). Sebab kalau dah tangan pegang remote, terus cari DIVA, AXN, FOX, HBO, StarMovies dan yang seumpama dengannya (sangat bertentangan dengan minat ibunda. hehe) Maka, internet kembali menjadi peneman~ 


Alat muzik juga bertambah mutakhir ini (Ibanez :D )


Oh ya, selamat belajar kawan-kawan di Mesir.. Tiba-tiba terasa sayu melihat mereka.. hmmm All the best dear friends :) 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

I do read comments :) so feel free to drop some.