Rabu, 28 September 2011

Hidup tak selalunya indah..

Langit tak selalu cerah..


Mutakhir ini seringkali berdepan dengan masalah yang sering buat diri sendiri termenung dan emosi sendirian. Berputar-putar dalam kepala ayat yang sama,


'Kenapa kawan-kawan tak ada pun masalah macam ni?'


Masalah yang sukar di kongsi kepada rakan-rakan sebaya. Masalah yang hanya nampak kegelapan di hujung jalan. Masalah yang nampak kecil, tetapi (kerana tekanannya) boleh menarik hati sesiapa saja yang jauh dari Allah untuk terjun dari bangunan BP Mall. Yes, it's complicated.


Tetapi dalam kepahitan menelan masalah ini, Allah itu tetap yang amat baik. Ada saja 'treat' manis yang kadang-kadang sukar digambarkan. Meskipun detik manis itu seketika, tetap rasa bersyukur kerana Aku ada Allah. (harap-harap rasa syukur ini kekal di hati). Alhamdulillah.. 




Kadang-kadang terfikir, untunglah kawan-kawan, muda-muda lagi tidak perlu fikir masalah-masalah besar ini. Tetapi lepas itu berbalah dengan diri sendiri, bukankah ujian Allah itu berbeza-beza. Mungkin Allah mahu mengajar tentang liku-liku kehidupan di usia muda untuk bekalan kekuatan di usia dewasa kelak. Siapa tahu? Hanya Allah sahaja yang tahu.  


Walau apa pun yang terjadi, ujian Allah itu tetap akan datang. Kata Allah, 
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami Telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan Sesungguhnya kami Telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta.
Ujian datang. Harap-harap diberi kekuatan. Harap-harap dengan ujian, semakin dekat dengan Allah, bukan sebaliknya. InsyaAllah.... 

Sabda Rasulullah sa.w;
إن من أشد الناس بلاء الأنبياء
Maksudnya; Sesungguhnya manusia yang paling berat menerima ujian ialah para Nabi.

Malunya jika Nabi Muhammad (s.a.w) tahu ada umatnya yang lemah dengan masalah yang tidak sedikit pun sebesar ujian baginda. Eh, lupa pula Nabi kenal setiap seorang daripada umatnya... 


Kuat, Ummu kuat~



1 ulasan:

  1. kawan2 kat mesir maybe takde masalah mcm tu.

    what about your friends in Malaysia? :)

    kadang kita yg tak tahu...

    lihatlah orang dibawahmu ya! :)

    BalasPadam

I do read comments :) so feel free to drop some.