Rabu, 21 September 2011

Cairo - Kuala Lumpur : Kali ke dua

19 September 2011
Tarikh penerbangan yang ditetapkan. Masa: 1.35 pm. Terminal 1, Cairo International Airport.


Beg tidaklah banyak. Tiada luggage besar sebab rancangnya di Malaysia mahu naik KLIA transit ke TBS. Tapi ketika tiba di Cairo Airport, hati meragui rancangan tersebut dek keberatan beg walaupun dari luar kelihatan 2 beg bersaiz kecil. 


Check-in biasanya 2 jam awal daripada waktu penerbangan. Jadinya, dari Tanta sudah gerak jam 8 pagi. Tiba di airport sekitar jam 10 pagi. Sebelum check-in juga terserempak akak memakai niqab, mahu tumpang bersama dalam kumpulan kami yang bertiga. Akak tu seorang diri katanya. Setelah berkenalan sebentar baru tahu dia ialah ibunda kepada si cilik Nuha yang pernah suatu ketika amat terkenal di tanta kerana kesucian dan keputihan anak kecil itu (yela, da lahir kat tanta, mane tak femess) .. Kak ZAINI pulang dari mansourah (mesti ramai tak tau kak zaini ada kat mansourah sebelum ni.. tak lama pun ,sejak raya aritu ), suami dan anak semua di malaysia, itu yang keseorangan. Mujur kami ada.. :D


Setelah 2 jam (atau 3) kami tiba di Bahrain. di Bahrain pun tak lama, dalam beberapa jam juga. sempat menukar duit 100LE = 6.1 bahrain dinar. cis.. tak sampai 10 pun! seratus genih tu.. tapi takpe. Banyak lagi duit :P Duit yang ada buat beli cheese cake (kerana kempunan) dan juga novel What Alive forgot yang berharga 4.1 BD. nampak murah buku tu kan?, cuba darab current malaysia (1BD = RM8 ) jadi taklah murah mana. Sekadar OK.


Bahrain International Airport


Dek kerana leka menelek buku yang seboleh-bolehnya mahu mencari bernilai 2-3 dinnar (tapi tak jumpa), kawan-kawan hampir menyangka diri ini sudah hilang dibunuh dan dipotong-potong bahagian badan demi mengambil organ-organ yang berharga (gurauan semata-mata : pernah dengar cerita ini, mungkin sebagai langkah berjaga-jaga? ) huuuu.. Alhamdulillah, selamat dan sihat sejahtera setakat ini :D


Ini kali ke-tiga transit di Bahrain. 
Pertama: ketika mula-mula terbang ke Mesir. 
Kedua : Ketika pergi ke Mesir selepas peristiwa evakuasi.
Ketiga : kali ini....  (semuanya dengan Gulf Air!) 
Agak bosan dengan Gulf Air, servisnya baik cuma teringin rasa flight lain yang ternyata lebih mahal, seperti Emirates? :P 


Apa bezanya kali ini? sama sahaja. cuma transit kali ini lagi pendek, hanya beberapa jam. Pemandangan pun sama, ramai mat saleh, arab kaya, dan pekerja asia berkhidmat di airport. Mat saleh yang cakap bahasa lain selain bahasa Inggeris. Arab Kaya yang punya bibik Indonesia mengekori mereka. Ada bibik yang berselendang, berseluar jeans biasa. Ada yang bibik yang memakai selendang dan jubah hitam mimik tuannya. Ada rasa kagum tersemat di hati, kerana mereka fasih berbahasa arab dengan anak-anak orang kaya arab tersebut. -_- (ummu, jangan malas belajarr!! bahasa arab itu penting!!)


nice book to read. I do suggest this one :) 


Ok. Seterusnya berterbanganlah kami ke Malaysia dengan jam yang panjang. Tak ingat. 6 jam mungkin? Atau lebih sedikit? Entah la...


Bagi sesiapa pun, ketika terbang ada 2 waktu cemas = waktu penerbangan dan waktu 'landing' merupakan saat-saat tak best, lebih-lebih lagi kalau tidak bernasib baik dapat pilot kapal yang 'kurang cekap'..  Saat-saat itulah berlakunya dengung umpama nak pecah telinga dan otak kerana peningkatan tekanan dalam telinga. Tapi kali ini, peningkatan ilmu telah berlaku, amalan mengunyah gula getah di saat-saat getir ini amat-amat membantu. (+telan air liur banyak-banyak pun membantu gak)


Dalam flight, makan dan tidur. There was so many empty seats compare to the previous flight we had. Cemburu dengan adawiyah dapat seat sebelah tingkap. 


Tiba di Malaysia, teman kak Zaini yang kempunan makan laksa penang, sementara Adawiyah ke pangkuan saudara yang sambut tiba. Tinggal kami bertiga makan laksa. Dalam kekalutan itu, Adibah yang asalnya mahu menjenguk di airport tidak dapat datang kerana ada hal lain, kepala terus berpusing mencari jalan pulang yang lebih sesuai dengan beg yang berat.  Akhirnya, keputusan telah dibuat bersama seorang rakan yang mahu pulang ke Sabah. Kami menaiki Airport Taxi. Tiket berharga RM60+ ke stesen bas Seremban, dan kawan pula ke LCCT untuk flight Air Asia. Kami berpecah di situ. (kak Zaini naik MAS ke Kelantan, jadi ditinggalkan oleh kami di restoran laksa tadi hehe ) 




Airport Taxi punye kaunter. Sumber : google image.


Pengalaman naik Airport taxi best (mungkin sebab jakun?? huhu) . Bangga dengan resit yang dibeli di kaunter kerana tulis LMO. Wah Limo tu! (dalam hati berkata). Tapi kene sedar juga, beli tiket biasa dapat la kereta biasa. hehe. kereta proton waja hitam. servis memang best! Semasa ke taxi, ada 3-4 orang lelaki berbaju kemeja formal hitam-kuning menyambut untuk bantu angkat beg yang seciput ini. Taktau kenapa, tiba-tiba rasa seronok di situ. hahaha. (sangat tidak elok ye cik ummu -__-). Tetapi mereka memang professional, tiada nak menggatal tak tentu pasal, pakcik taxi yang bawa pun diam dan formal je awal-awal. Hampir tiba di perhentian baru dia rajin sikit berbual. 


Pakcik tu cerita, airport taxi hantar ke semua tempat di Semenanjung Malaysia. (Kalaulah tahu dari awal -_-). Setelah beramah mesra dengan Pakcik, Pakcik cerita pernah hantar ke Kelantan dari KLIA, Penang pun ada.. (fuhh jauh gile kot)  Pakcik kata kalau dari KLIA ke JB dalam area RM400. Tapi kalau ke BP/Muar dalam RM200++.. Setelah bagitau abah hal ini, abah kata ok juga harga itu sebab kalau naik kereta sendiri sama aja (duit petrol + tollssss untuk pergi balik)

Teksi behenti di Stesen Bas Seremban seperti yang dipinta di kaunter. Dari situ, naik bas ke Batu Pahat. Total semua dalam RM80++ . Kalau nak jimat-jimat macam ni memang boleh, tapi kena bawa beg kecik pula naik bas, tu yang payah. Lain kali, kemungkinan besar akan naik airport taxi terus menghala ke kampung Parit Besar, Batu Pahat, Johor. haha. 


ok la. itu rasanya sahaja pengalaman boring kali ini. 


Bagus betul kalau ada yang baca sampai titik noktah ni, I love you lah. :P 


Love to all d akhawats I've met ok! :) 


jaga-jaga beg nak datang! perasaan bedebar-debar time ni. haha 

dalam train yang laju, dari terminal ke airport besar KLIA




p/s: kali pertama : evakuasi / sauroh


The result is just around the corner, pray for me, please? :) 





5 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. oi2 balek kaa???
    hoho..aku cuak result neh..
    gudluck tuh..doakan aku jugakk

    BalasPadam
  3. ubai

    haah baru je balik, sampai bulan 11 kott.. :P
    doakan aku gak

    BalasPadam

I do read comments :) so feel free to drop some.