Isnin, 29 Ogos 2011

Tak Suka Ustaz

Bukan tak suka, 'benci' mungkin lebih bertepatan walaupun kedengaran agak emosi dan kasar.

Memang saya terlebih emosi.

Memang artikel ini penuh dengan ketidakmatangan.

Memang saya benci.

Mungkin dengan pertambahan masa, perasaan ini akan beredar untuk mendapatkan kelapangan dada seperti seorang akak dan dua orang rakan di sisi.

Perasaan ditambah lagi dengan sememangnya saya tengah sedih di Tanta sekarang,
dengan exam dhurr thani yang agak teruk dilalui setakat ini,
dengan parcel kuih raya drpd Malaysia yang mungkin tiba selepas hari raya,
dengan beraya seorang diri di rumah,
dengan tidak ke Cairo untuk pergi ke tempat itu,

tetapi apakan daya, saya hanya seorang akhawat.

Di pentas dunia, Islam digembar-gemburkan dengan kehebatan kesamarataan layanan terhadap akhawat Muslim, mungkin saya yang penuh emosi ini rasakan sebaliknya di Tanta.

Ya, lapang dada itu perlu. (tetapi saya memang degil + emosi)

Kadang-kadang terdetik di dalam hati, pernahkah mereka yang dilahirkan sebagai Ikhwah meletakkan diri mereka di tempat Akhawat yang apapontakbolehkalautibawaktumalam? -_________-"

Ya, memang saya emosi.

Jangan tanya kenapa dan jangan pujuk dengan seribu satu alasan.

Biarlah masa membawa perasaan ini pergi.


p/s: nasib baik tiada perasaan minat gila-gila (sampai nak kawin?) kat golongan ustaz seperti ada sesetengah akhawat itu.





2 ulasan:

  1. hahahaha..golek2~saya xkan pujuk awak.sebab saya tau awak degil :p
    selamat hari raya awak! ^^,

    BalasPadam
  2. @atiqah abdullah

    terima kasih. selamat hari raya juga?

    p/s: macam nak suruh ustaz tu baca je. jahat tak saya? haha.. ok ok takkkk

    BalasPadam

I do read comments :) so feel free to drop some.