Sabtu, 19 Februari 2011

Cerita dari mula

Cerita Mesir sudah lama berlalu.... Tapi sedikit pun blog ini tak diisi dengan detik-detik sebelum balik Malaysia. Rasa macam kosong, kene tulis juga!

Ok lah. First and foremost, dari awal cerita rusuhan

1st rusuhan berlaku pada 25th January 2011.
Di Mesir, tarikh tersebut merupakan Hari Polis Mesir. Jadi universiti cuti hari tersebut. Kebetulan ada housemates yang pergi 'aawal bahr' di bandar Tanta terserempak dengan group rusuhan baru nak berkumpul. Mula-mula tak tahu kenapa, then tanya kat seorang budak lelaki " Leyh?" (kenapa ni?) sambil tunjuk kat kumpulan ramai2. budak tu jawab ''mush auza malik'' ( tak nak ketua!) ar lebih kurang la mcm tu. Lepas tu kawan pun segera pulang takut kalau- kalau berlaku apa2.

Rakyat Mesir pilih untuk buat pada Hari Polis itu untuk menunjukkan ketidaksukaan mereka terhadap Ketua dan Polis yang ada..

kalau bukak facebook, cari group 'we are all khaled said', baca kat info, then boleh faham polis mereka pernah berlaku kejam dengan rakyat awam yang tidak bersalah (erk macam ada terjadi kat malaysia ek? hurm)

Untuk maklumat juga, ada je student malaysia-mesir yang tak kenal Hosni Mubarak SEBELUM ini.. hehe masa mula-mula rusuhan berlaku, ada kawan tanya, eh siapa hosni mubarak?. ala agak normal kalau tak tahu sebabnya student malaysia tak baca surat akhabar tempatan dan tak tengok tv. Bukak internet pun baca surat khabar malaysia. pfft..

Seriously, ummu kenal hosni mubarak pun ketika baca novel tempatan. Beli kat ma3rad kutub tahun lepas. Best giler. Baru faham tentang golak politik dan ada campur lawak jenaka tempatan arab bila baca buku short stories tu. Tajuknya 'Taxi'. Buku ni asalnya bahasa arab amiyah, mungkin sebab ada sambutan yang menggalakkan, jadi ada versi Inggeris buku tersebut. Nak harap bahasa arab, sampai bila-bila pun tak beli. hehe. Beli la kalau jumpa :)



Bila baca buku tu pun, boleh faham kenapa rakyat mesir tak suka kerajaan. Boleh juga faham kenapa Mesir berlambak gila teksi. Jadi bila rusuhan berlaku, memang dah tahu dah kenapa.

Daripada pakcik teksi sehinggalah doktor, semua bersatu menentang kerajaan, atas satu dasar, mahu kehidupan lebih baik :)

Rusuhan berlaku 18 hari
Sekarang rusuhan dah tamat. Alhamdulillah Mubarak sudah pun jatuh. Berkat Allah makbulkan doa daripada mereka yang cuba memahami perjuangan penduduk Mesir. Yang tidak faham erti rusuhan ini barangkali kerap mengeluh serta menyalahkan rakyat Mesir. Padahal rakyat mesir berusaha merubah kaum mereka dengan usaha mereka. Mereka tahu, jikalau mereka terus berdiam, keadaan masih sama. Ya, sudah 30 tahun masih sama, dan kini mereka dalam arus perubahan yang lebih baik, InsyaAllah... :)

Banyak mulut bercerita di Malaysia
Tidak mustahil pun bila sampai di Malaysia cerita-cerita yang pelik-pelik timbul. Ye la, kalau ada 11 ribu student malaysia-mesir bercerita, tak ke berbeza-beza versi yang keluar. Tetapi yang sedihnya akhbar hanya fokus yang dasyat-dasyat sehingga merisaukan ibu-bapa kami.

Sejujurnya, hati tidak rasa takut dengan rusuhan tersebut, tetapi takut dengan berita banduan dilepaskan. Duduk di rumah hanyak takut dengan penjenayah yang asalnya banduan yang dibebaskan (ribuan orang). Malah penduduk sekitar berjaga malam kerana risau dengan penjenayah. Bayangkan kami tinggal di tingkat 4, bila buka tingkap ( mahu hendap orang bising-bising di bawah) nampak sekumpulan arab pegang kayu (macam nak bergaduh). Nak kata rusuhan bawah rumah, macam impossible sangat. Tak lama tu, baru kami faham mereka menjaga kawasan rumah. ^^

*ehsan gambar dari facebook Rabeah El Adawea Md Salleh.. hehe *

Cerita yang wujud di dada akhbar Malaysia sememangnya berlaku. Tetapi berbeza mengikut tempat. Alhamdulillah Tanta aman. Tak pernah nampak kereta awam dibakar seperti kawan lihat di Alexander. Cumanya kereta kebal ada di mana-mana. Rusuhan memang berlaku di Tanta, cuma sangat jauh dari kawasan perumahan pelajar Malaysia. Pada mulanya, ummu dan rakan serumah memang sudah membeli barang dapur untuk sebulan kerana memang bersedia untuk berkurung selama yang mampu. Tetapi kerajaan Malaysia suruh balik, jadi baliklah jawabnya. heee :)



Sekarang ni jadi rindu sangat kat Tanta, gambar di atas seorang makcik membawa kobis, gambar terakhir diambil di Tanta.. huu rindu!

Sehingga bertemu lagi~

alf mabrouk masriyin!
p/s: semua kene tonton video ini!!




Till next post,

2 ulasan:

  1. alhamdulillah segala selamat.
    sebenarnya risau juga dgn keselamatan pelajar2 kita di sana.

    smoga dpt menyambung kembali pengajian dgn seberapa segera.

    BalasPadam
  2. Terima kasih pakcik ambil berat tentang pelajar2 di sana :)

    InsyaAllah akan kembali ke sana bulan mac.

    BalasPadam

I do read comments :) so feel free to drop some.