Khamis, 18 Disember 2014

Hakikat ajakan berkahwin usia muda

Hakikat ajakan berkawin usia muda, dari sudut gadis biasa..

Selalu ternampak ajakan kahwin, dari segi kata-kata, ceramah, lawak komik yang berderet di facebook, dll. Seolah-olah ajakan kahwin itu macam ajakan hendak ke pasar pilih ikan.

Walaupun macam degil, tapi aku antara insan yang kurang gemar dengan ajakan itu. Sebabnya sekarang, masih lagi sendiri dan selesa sendiri, jadi tiba-tiba adakah aku perlu pening kepala dengan memaksa diri berkahwin.

Bukan tak nak kahwin, memang nak. Siapa yang tak nak?
Ok bila bercakap pasal jodoh, kita akan mula cakap pasal ciri-ciri lelaki pilihan.  Maka satu senarai dibuat dalam kepala semua orang. Tapi setelah aku amati semua ini, aku rasa yang penting sekali ialah persamaan pandangan hidup dan asas kehidupan.. 

Setiap orang ada pendapat dalam kehidupan. dan aku pun ada pendapat sendiri.
Bila macam-macam isu timbul di malaysia ni, timbul macam-macam pendapat. dan aku rasa semua ni bagus. Sebab aku pun secara bijaksana telah mencipta pendapat dan pegangan hidup seiring dengan apa yang berlaku di sekeliling aku serta isu-isu penting malaysia. macam politik, isu anjing, isu rasis, etc. 

Dulu masa aku kenal mesir, kenal islam balik dalam sikit, aku nak sangat lelaki solat subuh di masjid, solat 5 waktu masjid gak, jaga ikhtilat, at least tahu kitab Riyadus Salihin, dll. tapi bila aku balik malaysia dan tengok family sendiri yang biasa-biasa dan teringat sejarah aku ni dulu yang biasa juga, aku rasa tak layak nak request semua tu, jadi perkara ini menambah keserabutan kepala terhadap apa yang aku nak sebenarnya. 

Lelaki (Ikhwah) melayu kat mesir ni takde la hebat sangat. sebab bukan semua orang baik pon. dan bukan semua orang rajin nak talaqi dengan sheikh dan mencari guru-guru umpama mencari permata di sebalik debu mesir. Aku tahu ramai je biasa-biasa macam aku juga. Tapi aku rasa bagusnya ikhwah sini ialah kebanyakannya cakna dengan isu semasa. Bagi aku, kalau la seseorang nak ambil tahu isu-isu ni (tak kira la dia side mana) , adalah lebih baik daripada kebanyakan yang aku jumpe kat malaysia yang jenis tak nak ambil tahu langsung... Iya.. macam sedih tapi ramai macam tu, asalkan habis study gempak, grad, kerja, kawen. 

Jadi walaupun kadang-kadang aku mengelak cakap tak nak kawen, tak nak kawen orang mesir, dan ayat-ayat seumpamanya, tapi deep down, aku tak tau nak cari mana lagi lelaki mcm ikhwah mesir. or at least sama macam fahaman aku. Aku ni suka melawan. Suka nak berbeza pendapat. Sampai at one point aku terfikir takut gak nak kawen sebab boleh perang besar ni asyik nak beza pendapat je.

Tapiii

Semua ini tak bermakna kalau aku tak dipinang.. LOL ok memang lawak. 

ini bukan post merayu untuk dipinang atau menagih simpati. Tapi nak clearkan otak sendiri yang aku tak patut pun fikir semua ni sebab sebagai perempuan kita sebenarnya tak ada pilihan pun memilih lelaki. hanya menerima pinangan dan kalau banyak org pinang, banyak la pilihan... dan kalau takde siapa pinang, keje la elok2 dan be happy.


Ok la buka buku ophtal lagi bagus.
meh tengok video pembedahan yang kelas kami belajar tadi
pasal pembedahan untuk treat pesakit yang tersumbat laluan air mata ke hidung. (ala susahnya nak cerita dalam melayu) 



Ok, till then. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

I do read comments :) so feel free to drop some.