Rabu, 15 Mei 2013

Kau Perlu Impak !

بسم الله الرحمن الرحيم

Gambar lama yang dicilok daripada fb seorang rakan yang disegani, Farahin Ayob. Tujuannya mahu memberikan motivasi kepada diri dan pembaca (kalau ada). Agak comel bukan?

Pernah ustaz kami mengungkapkan kata-kata ini, (I don't remember he quoted this from whom, sorry) :-

Barang siapa belajar Al-Quran, 
maka dia akan dikurniakan kemuliaan.
Barang siapa belajar Fiqh,  
maka kehormatannya mulia,
Barang siapa belajar Hadis
maka hujahnya menjadi kuat,
Barang siapa belajar Bahasa
maka tabiatnya lembut,
Barang siapa belajar Hisab (kira-kira), 
maka pendapatnya kuat,
Barang siapa yang tidak menjaga dirinya, 
maka ilmunya tidak akan beri manfaat kepadanya. 

dan ketika menghuraikan ungkapan di atas, tentang 'Bahasa', ustaz memberikan contoh sasterawan negara, A. Samad Said kerana tutur kata dan perwatakan tokoh tersebut sentiasa lembut. :)

Apapun, selamat study dan selamat menghadapi peperiksaan kawan! usaha sampai habis! dan ya, kau perlu impak! 



p/s : dah tukar nama blog. the shorter, the better (i guess)


1 ulasan:

I do read comments :) so feel free to drop some.