Ahad, 14 April 2013

Longgokan Strawberry

Semalam mengada-ngada dengan housemate, Umie. "Nak strawberry!". Sekali dia belikan betul. ehe. ;") Dah habis musim, saiznya mengecil, tetapi manis! Tak lama lagi hilang terus di pasaran.

Pavlova ialah lapisan meringue, krim, dan buah-buahan (yang biasanya masam-manis seperti strawberry, kiwi, buah-buah berry, dll)

Agak naik kening sebelah mata bila tengok dalam facebook, ada bakery jual pavlova mahal-mahal, (RM50 ke atas) padahal bahannya tak guna tepung pun, mungkin yang mahal hanyalah strawberry sahaja. uhu..

Try la buat. Cuba tengok resepi kat sini. Rasanya manis, seakan-akan mashmellow sikit. Ni pun alhamdulillah sebab jadi tebal sikit. Setelah beberapa kali buat sebelum ini, nampaknya bilangan telur putih yang ideal ialah 4. 

Maaf gambar buruk sebab
- lightning kat dapur teruk
- takde dslr
- amek gambar cepat2 sebab nak makan


Limpahan Strawberry akibat malas nak susun elok2. :P 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

I do read comments :) so feel free to drop some.