Jumaat, 12 Oktober 2012

Rehat

Akhirnya, tiket sudah ditunda.. ke suatu tarikh yang jauh.. November.. Tidak pasti ini langkah yang baik atau sebaliknya, tetapi yang pasti Mesir itu sangat pilu untuk diingati. Kejayaan sering mengiringi rakan-rakan, tetapi tidak aku. 

Redha atau tidak, hari tersebut sudah pun berlalu. Jauh berlari, hingga ke Melaka, baru dapat menumpahkan air mata kesedihan tersebut. Ego. Ya, egoku sangat besar mahu meleraikan kesedihan di hadapan mak abah. Biarlah mereka tahu aku kononnya kuat menghadapi semua ini. Walaupun acapkali terdiam dengan persoalan mereka, ''Kenapa jadi macam ni?" 

Sering kita terlupa, hakikat mungkin orang paling terdekat merupakan orang yang paling susah kita terangkan bahawa ini semua 'rezeki', ataupun berpunca daripada kemalasan dan kebodohan diri sendiri. Terpulang kepada mereka untuk mempercayai yang mana satu, kerana ini bukan kali pertama. Tiada alasan untuk dibalas kerana salahku semuanya. Mungkin dengan jawapan tergantung tersebut dapat meredakan kekecewaan mereka. Sedangkan aku juga kecewa. 

Pernah terlintas doa di hati, agar saudara-maraku tidak mengira tahun ke berapa aku di Mesir, kerana pedih bagiku untuk menerangkan setiap apa yang berlaku. Sedangkan aku pun tertanya-tanya  kepada diri sendiri ''apa yang sedang berlaku?''. Duduk di rumah diam-diam mungkin lebih menyenangkan. Mudah bagi yang bercakap, ''jangan malu dengan usaha sendiri''. Siapa yang tidak malu terjatuh, tersungkur ke dalam longkang yang sama berulang kali. 

Entah. Sejujurnya tidak tahu mahu berfikir apa. Berpatah balik memang tidak mungkin. Walaupun jalan di hadapan masih jauh, masih pudar, jelas berliku, tetap harus diteruskan dengan hati yang tawar ini.

Hanya seribu kemaafan kepada orang tuaku kerana sering menghampakan mereka, sungguh hakikat menjadi satu-satunya harapan keluarga sangat menekan hati dan perasaan. Mereka hanya menunggu dengan sabar saat itu tiba. Maaf juga kerana menambah keperitan keluarga selain rezeki perniagaan yang semakin jauh akhir-akhir ini. 

Allah, kenapa semuanya harus berlaku sekarang. 




4 ulasan:

  1. be strong ummu..
    jangan putus asa..
    allah sentiasa bersama kita..
    takwa dan tawakal..
    insyaallah..:)

    BalasPadam
  2. terima kasih mizah.. doakan aku selalu :)

    BalasPadam
  3. Semua itu berlaku sekarang sebab itulah namanya takdir.

    Semua itu berlaku sekarang kerana ummu mampu menghadapinya sekarang.

    semua itu berlaku sekarang kerana mak dan abah ummu mampu terima semua ini sekarang.

    semua itu berlaku sekarang kerana insya-Allah perkara yang sama tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang!

    Cuba ummu bayangkan kalau perkara macam ni terjadi semasa ummu di tahun 6?Mungkin ummu takkan sekuat sekarang tau!

    Bila banyak sangat ujian berlaku,tah jadi terfikir betapa kita ni masih beruntung ummu :')

    cuba tengok orang yang juga ditimpa ujian,walau bukan ujian yang sama seperti kita.

    kak fatin (tenten bulan)...
    ayah dia meninggal semasa dalam musim exam...

    kak noi accident,sekarang xsempat ambil mid sem...baru nak stabil...

    Semua ujian ini tak lain dan tak bukan,nak uji kita...adalah kita masih hamba yang beriman selepas diuji...

    "adakah kamu sangka kamu telah beriman,sedangkan kamu belum diuji?"

    Tah pernah rasai apa yang ummu rasa walaupun tak sama.

    Ummu,tah selalu ada dengan ummu!

    Bagi tah,kegagalan lebih mendekatkan diri tah pada Allah...

    Astaghfirullahal azim...

    Moga Allah ampunkan dosa2 kita semua dan meredhai kita di saat kita senang mahupun susah...

    ana uhibbuki fillah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tah.. baru terbaca... terharunya.. insyaAllah ummu ingat semua kata2 itu.. doakan ummu selalu..

      Padam

I do read comments :) so feel free to drop some.