Isnin, 22 Oktober 2012

Kilang Plastik

Punch Card No :  B 70
Syif kerja : 3 petang - 11 malam
Kilang:  B

Al-kisah bermulanya pengalaman pertama kali bekerja di kilang orang.. Sebelum ini tak boleh lekang daripada kedai/kilang mak abah, sekarang kerja mak abah dah tidak seaktif dulu, jadi banyak masa terluang di rumah untuk ternak beberapa kilo lemak. hihi.  

Beberapa minggu lepas berhajat untuk kerja di Carrefour kerana gaji yang ditawarkan menarik, namun begitu mereka tidak terima pekerja sebulan dua. Takdir Allah, akhirnya terdengar kilang ni daripada bekas pekerja mak yang datang singgah rumah. 

Hari Rabu lepas, 17 hb Oktober 2012, hari pertama bekerja di kilang tersebut. Kilang apa? Kilang plastik. Kilang tersebut ada 3 syif, syif A (7 pg-3 ptg), syif B (3 ptg - 11 mlm) dan syif C (11 mlm - 7 pg).  Ya, kilang tersebut ON 24 jam. Pada awalnya mahu syif pagi, tetapi penuh pula lalu ditawarkan ke waktu petang. 

Kerja di sini mudah sebenarnya, secara asasnya semua operator perempuan hanya perlu membungkus bekas plastik (macam tupperware jual taufu fah kat pasar malam tu) ke dalam plastik sebanyak 50 buah. Senang kata, kerja packing. Tetapi terdapat banyak sangat jenis aneka bentuk bekas plastik dalam kilang tu. Setiap mesin menghasilkan jenis yg berbeza dgn mesin yg lain. dan setiap minggu setiap operator akan berpindah ke mesin yang lain, jadi tak lah boring dengan kerja yg sama sepanjang tahun. 

So, this is my first week, bekas 3 petak ni. 


 Cukupkan 50, packing dalam plastik biru, masukkan dalam kotak, cellotape! 

 My area

 Tempat orang sebelah

 Pandangan hadapan, ada kipas seorang satu. 
Plastik baru lepas cetak dari mesin tu panas oo...

Sedang berangan sambil bekerja, tiba-tiba terpandang tulisan di atas kotak ini..

Allah, Belfast!. jauhnya kotak-kotak ni dihantar. Bila sebut Belfast, sudah tentu teringat kat Ustaz Hasrizal kan.

Sekarang sudah 6 hari bekerja, sempat buat OT hari Ahad lagi kerana semangat la kononnya. Semangat nak gaji double. huhu. Alhamdulillah best kerja di situ, makcik-makcik dan akak-akak sangat ramah. Baru beritahu 2 orang yang aku study Mesir, abes satu kilang tahu. Paling menggelikan hati apabila ada pekerja Bangladesh tanya "Awak nanti jadi doktor ya? Boleh rawat saya lar. Saya sakit dada" Namanya Hasanol. Aku hanya tersenyum sebab tak tahu nak balas apa dengan lawaknya. hehe. 

Ada juga makcik yang agak hairan dengan kehadiranku, sebab katanya bukan semua orang nak kerja kilang macam tu, lagi-lagi budak U katanya. Entahlah, padaku walaupun hasil sebulan di sini tidak sampai ribu raban, tetapi apabila ditukar ke duit mesir tetap cecah ribu. hehehe.  InsyaAllah mak abah tak payah keluar duit sangat nak beli barang ke Mesir nanti. (ditambah hutang duit rumah dgn kawan2 Mesir tak bayar lagiiiiii. ok tak lupa.) 

Banyak sebenarnye nak cerita, pasal salah punch card (budak jakun first time guna punch card.. hehe), pasal hujan basah kuyup pergi kerja, pasal cuak ingatkan takde surau awalnya, dan waktu rehat yg dihargai, plus adikku da start keje! . Tapi rasa macam dah panjang sangat pula post ni. Takpelah, dah pukul 1 lebih pagi ni. 

Terima kasih kerana sudi membaca. heee Doakan diri ini terus dirahmati Allah. ameen...





7 ulasan:

  1. ummu kat m'sia ke? wah.. rajinnya keje. gud2~

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah Aty kat malaysia. kalau sempat raya haji jom lar jumpe :D

      Padam
  2. assalamualaikum....
    blh tahu kilang ni kat mana...
    saya berminat ngan bekas2 yg di hasilkan la. nk meniaga...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kilang ni ada buka kedai kat Taman Bukit Perdana, BP. Tak pasti alamat. ni alamat kilang dari laman web tu. :

      MALAYSIA
      MS Venture Industries Sdn Bhd
      No. 5, Jalan Kluang, Batu 2 ½,
      Broleh Lorong 1,
      83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia.

      T : +607 433 0255, +607 433 2189
      F : +607 432 0275
      enquiries_my@msventure.com.sg

      46A-G,Jalan Pandan Cahaya 2/2,
      Taman Pandan Cahaya,
      68000 Ampang,Selangor.
      T : +603 4270 5588,
      +603 4146 0246
      F : +603 4270 1275

      laman web syarikat tu : http://www.msventure.com.sg/index.html


      Padam
    2. Assalamualaikum saya nak kerja malam sampai pagi... tapi office tak ajak saya kerja. Sebab saya boleh lihat ok. Saya pekak (oku) benar.

      Padam

I do read comments :) so feel free to drop some.