Isnin, 30 Januari 2012

Permulaan Winter Break 2012

Dengan nama Allah....
Hai! Sihat? :D


Cuti musim sejuk (winter break) baru je bermula. Maka dimulakan kisah yang hambar ini dengan el-winter break di el-Ma3rad kitab di Cairo yang menjadi hala tuju pertama. Konon tak nak beli apa-apa, tapi bila jumpa novel lama berharga 3 LE = RM1.50, terus excited.. Tengok tajuk je terus ambil, bila dah sampai rumah terkejut!
Sabah
Terkejut sebab isi salah satu buku itu tentang Malaysia. Tajuk buku tersebut 'The Land Below the Wind'.. Kenapalah masa itu terus tak terfikir Sabah.. Negeri di bawah bayu~ Tetapi setakat ni tak sempat nak baca lagi, novel yang berkisar tentang cerita mat salleh tinggal di Sabah.. 


The Help
Setakat ini baru satu buku dah habis baca, tajuk dia 'The Help'.. Mungkin ada yang pernah tengok trailer pasal movie ni. Movie yang diadaptasi daripada novel ni rasanya. Best! Kisah hidup maid kulit hitam masa zaman rakyat Amerika ada separation di antara orang kulit hitam dan orang kulit putih. Tak rugi la 15 LE buku ini..~ :) So much moral values, memang tak boleh letak buku ni pun sebab mesti nak baca sampai habis :D


Alex
Ada total 5 buku yang dibeli. Ingatkan selepas pergi Pesta Buku Antarabangsa (el ma3rad kitab) tu nak pegi City Star. Ye la, orang kampung Tanta tak ada Mall sendiri~ Tetapi dibatalkan niat sebab pergi ke Iskandaria aka Alexandria. (sebenarnya dalam dilemma antara dua, tetapi pergi ke Alex sebab malas nak fikir dah. hee) Bersama Adawiyah, perjalanan diteruskan dari Cairo ke perhentian Mahattoh siddi gabir, Alex menaiki train.. 


Akak dan Abang
Ada apa dengan Alex? Ada kak Shikin. hihi. Kak Ikin dan Abg Asyaari ialah pasangan suami isteri yang bekerja di Mesir. Rasanya dah pernah cerita kat post dulu, agaknya la. Ok. Bila pergi sana bukan buat apa pun, makan-tidur- tengok tv besar-movies-jaga/main dengan aqil dan afiq. Belajar la juga sikit-sikit. :P Rasa macam balik kampung, tak buat apa, lepak.. huu :) 


Terima kasih adawiyah untuk gambar dari henpon yang canggih! hee :D

Lagipun kak Ikin memang ajak pergi Alex sebab dia ada buat makan-makan. (makan sate!) Bagus kan, hanya sekadar berjumpa/terserempak sekali di Mesir, lepas tu jadi sangat baik kepada kami, walaupun tiada pertalian saudara/kawan dengan famili ataupun pernah berkenalan sebelum ini. Memang dah besar nanti nak kene jadi baik macam ni juga. Eh sekarang pun boleh la ummu~ :) 


Agak lagha hidup di Alex terutama sekali di Kafr Abdou, sebab semua cukup, jadi tak boleh duduk lama-lama, kene kembali ke dunia nyata.. dunia kerbau dan himar, di Tanta..  (Macam teruk sangat je Tanta ni kan, tetapi memang agak kampung la) >.<

Chocolate Cake and Apple Pie, baru tahu Apple Pie ada cinnamon. hu.. (ini gambar dessert sahaja, makanan sebelum tu tak terkata kenyang dan bahagianya :P ) elhamdulillah....

Anyway, 

Happy Belated Birthday Kak Ikin. Semoga Allah panjangkan usia. Moga Allah sentiasa merahmati Kak Ikin, Abg Asyaari, Afiq dan Aqil~ :) 

Thanks for all your kindness, may Allah reward with Jannah.. 

Love you

Segan nak cakap depan-depan, tulis dalam blog boleh? hehe. Takpe, ramai-ramai baca post ni, ramai-ramai doa untuk kebahagiaan mereka.. hingga ke syurga.. insyaAllah..


Next, Sinai & Exam this february!

Robbuna yusahhil...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

I do read comments :) so feel free to drop some.