Jumaat, 3 Disember 2010

Disember dan 'winter'


Assalamualaikum pembaca..

Sejak akhir-akhir ini, angin mesir sudah mula menyejuk. THANKS to Allah, musim panas akhirnya berlalu. Namun, bukan semua orang dengan senang mengadaptasi diri dengan suasana sejuk yang berterusan ini. Batuk, demam, dan selsema merupakan perkara lazim ketika pertukaran cuaca bagi kami yang sudah berbelas tahun membesar di negara lembab-panas. Oh Malaysiaku! :D

Musim sejuk
Beberapa hari ini pula, suka sangat pergi gamaah! Sebab ada kabus-kabus. Seakan-akan suasana jerebu di Malaysia.(dah tahun 2 pun masih kental sifat jakun itu! huhu )




Bila menaiki jejantas
(kubri) , kabus angin sejuk makin terasa. Lantas, berkepul-kepul 'asap' keluar dari mulut. Yang sedihnya, percubaan bergambar bersama 'asap' dari mulut gagal~ Mungkinkah memerlukan dslr? huhu. Nah, kemuncak kegembiraan kami di Mesir bersama musim sejuk adalah 'asap-asap' tersebut. Syukur dapat juga rasa. hehe. Meskipun tiada salji di sisi, diri ini sangat bersyukur kerana tak perlu memerangi penangan sejuk bawah 0 celcius. Mesir yang baru belas-belas celcius pun sudah menggigil, apatah lagi di Rusia, Ireland, Uk, dan negara-negara yang sedang bersalji sekarang~ (eh ye ke tengah salji sekarang? :P )


Kisah Disember- Kahwin
Ustaz Mahmoud dikenali di Tanta kerana mengajar pelajar Malaysia bahasa arab fushah. Pada 1 Disember 2010, ustaz menyediakan 'tremco' untuk yang mahu datang ke majlis perkahwinan akaknya, kak Muna. Sebenarnya kak Muna sudah setahun lebih kahwin, tetapi majlisnya belum dibuat lagi.

Jadi ini rekod pertama kali saya hadir ke majlis perkahwinan tempatan 'masriyin'. kak Muna memang cantik sangat! :) Kalau dilihat, sama dengan majlis masyarakat cina di Malaysia, majlis diadakan di sebuah restoran yang mewah. (ironinya tetamu tidak dapat makan, rupa-rupanya hanya minuman disediakan, kalaulah kami tahu dari awal..... huhu)

tetamu

the couple

ustaz mahmoud yang kanan sekali. mereka 3 adik beradik. ;) sweet kan gambar ni?. hehe.

Lumrah masyarakat tempatan Mesir, mereka suka menari dan bergelek apabila gembira dan meraikan sesuatu. Tetapi saya respek famili kak Muna sebab tidak menari bersama tetamu (tetamu egyptian ok). yela, mereka adik-beradik mahasiswa Al-Azhar.

Ketika bersanding di atas pelamin, ada beberapa persembahan di hadapan pengantin. Tarian beberapa orang lelaki, ada kuda replika, ada lelaki pusing-pusing pakai baju gaun tu dan beraneka lagi.. :D Persembahan gelek-gelek pun ada, nasib baik pakaian wanita tersebut tidak menjolok mata. -_-" Lagu di sepanjang majlis macam nak pecah jantung serta organ-organ dalaman~ huhu. Walau apa pun, ini tetap pengalaman yang manis. syukran ya ustaz.

Last but not least, nak tunjuk gambar kepada seorang sahabat di Malaysia. :D

shay di pejabat hal ehwal pelajar :P

Till next time..

Love,


3 ulasan:

  1. bravo! insyaAllah, aku suka post2 kau. termasuk post yg ini. :D
    antara sebabnya, dapat baca cerita pasal mesir. :D
    kejakunan yg kental gitu ya? haha...

    best2. pengalaman menarik ni.
    the most interesting part ofcourse this one--->
    "Last but not least, nak tunjuk gambar kepada seorang sahabat di Malaysia. :D"

    haha.. nampak mcm teh LIPTON saja?!
    pekat la teh mereka.
    pada pendapat aku, enak tu kalau digodak bersama susu pekat. jadilah teh susu. haha

    kak muna tu pon graduan al-azhar ke? tak dinafikan lagi, mereka lawa-lawa! (^_^)

    BalasPadam
  2. Syazana! haha sorry lupe seh nak balas komen kau bulan disember neh. hehe


    thanks baca2 tulisan aku yg tak sehebat kau.

    kak muna pun dari al-azhar. tak pasti da grad ke belum. macam dah. hehe lupe lak

    BalasPadam
  3. haha. ingatkan kau dah tak mahu berblog. haha :D

    ish. suka puji2 aku.. mana ada hebat. langsung tidak. :)

    BalasPadam

I do read comments :) so feel free to drop some.