Isnin, 7 Jun 2010

In between the gap


Physiology sudah. Sedih. sebab soalan senang, tetapi masih tidak mampu menjawab dengan baik. semoga pemeriksa soalan berhati tenang. berjiwa pemurah. masih terima ayatku yang tunggang langgang itu. haish.

Sebenarnya macam haru juga selepas physio. sebab oral pun tidak mampu jawab dengan baik 100%. Alhamdulillah boleh juga jawab. Tetapi, hati masih terguris. terluka dengan diri sendiri..

erm
baru-baru ini ada berita kematian.
adik kepada kak huda dan kak husna (they are sisters).
arwah bernama nuruljannah. kebetulan arwah berkawan dengan kawan aku di KMB. kawan rapat pula. sedih baca kawanku ini menghantar message di facebook.

dan sejenak bermonolog sendirian...
Untungnya arwah, dinampakkan tanda-tanda manis sebelum ajal tiba.
Tanda-tanda bahawa Allah sangat sayangkannya.
dan aku cemburu.. ya cemburu.
cemburu kerana arwah berjaya mengekalkan imannya hingga saat akhir.
Menjadi seorang yang sangat baik dengan semua hingga akhir.

InsyaAllah ditempatkan syurga bagi arwah. amin.

Hati tiba-tiba mahu menangis
rasa sedih sangat dengan diri sendiri
berfikir tentang palestin,
berfikir tentang akhirat,
jauh sangat kot.

tentang hati kotor. ujub. riak. semua lar. aish.

down.down.down.
.

...

.

tulis post ni pun
sebab beri ruang kalbu bernafas.

sementara biochem merebut celahan minda.

isk
biochem. ok. kenapa aku amek medic?



.pergi sutuh. .membuang buruk sangka terhadap diri. .di pagi hari, selepas subuh. .melihat kabus tebal. .penanda hari akan panas.

Doakan insan kerdil ini,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

I do read comments :) so feel free to drop some.