Selasa, 27 April 2010

Lifeline4Gaza = Muslim's priority



Salam..

Tengok gambar pon dah tahu yg post kali ini, tentang Palestin......

Post ini ditulis kerana hati ini tidak mampu menahan sedih, sedih kerana setelah tahu orang-orang terdekat di Malaysia tidak berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang ape yg Ummu mahu sampaikan.... erm.. nevermind lar. life must go on.. huh...

mesti ramai yg berkata dalam hati....
Palestin.... Lifeline4Gaza... ape yg beza dgn bantuan2 sebelum ini???
kenapa tibe2 nak sibuk2 pasal palestin sedangkan sebelum ni dah ada??

Ok...

Pertama-tama sekali,
semua sudah maklum, siapakah Mustafa Kamal...
1924, dialah orang Islam yang bertanggungjawab menghapuskan sistem khalifah
di muka bumi Allah ini.........
seorang yg dimurka oleh Allah, dan disayangi oleh Israel...

dan ketika mana dia rapat dgn orang2 Israel,
suatu perjanjian telah terlerai,
bahawa, Turki tidak akan menggangu kapal laut dari Israel,
dan Israel tidak akan ganggu kapal laut dari Turki....

dan kini,
President Turki yang lantang tentang Islam
menggunakan balik perjanjian tersebut...
bagi menghantar kapal dan bantuan
ke GAZA, PALESTIN.....
melalui jalan laut......

Kenapa jalan laut??
satu2nya jalan harapan bagi palestin dapatkan bantuan
jalan lain?? bumi anbiya yang kaki ini pijak...
bukanlah kuasa diri ini untuk memecah tembok
yang memisahkan Palestin dan Mesir...

Mesir.. jangan diharap..
meskipun wujud al-azhar di tanah mesir,
tetapi
hati presidentnya tidak wujud semangat ulama'2 al-azhar...
kasihan.... Saudara Islam sendiri jadi mangsa...
kerana takut sangat dengan Israel...
ish.. geram2!!

okeh. cool.

Sekarang ni
cerita pasal bantuan kapal laut itu....

Bantuan ini di handle oleh IHH, NGO kat turki...
ada total 20 kapal yang dirancang mahu dihantar...
dan banyak negara terlibat...
Malaysia juga terlibat dan dapat hantar 2 kapal.......

Baiklah, dalam mengisi 2 kapal tersebut....
RM10juta mahu dipungut......
petugas2 dalam misi ini di malaysia
semua ialah NGO-NGO.. mereka ialah.

  • Coalition of Graduates of Higher Institutions of Malaysia (HALUAN)
  • Malaysia Muslim Youth Movement (ABIM)
  • Jemaah Islah Malaysia (JIM)
  • HALUAN Palestin
  • Palestinian Centre of Excellence (PACE)
  • Aqsa Syarif
  • Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Dewan Pemuda)
  • Pertubuhan Mawaddah Malaysia
  • Viva Palestin Malaysia (VPM)
  • Global Peace Mission
  • Muslim Care
g kat website ni, utk pertanyaan dan bantuan
http//www.lifeline4gaza.org/

Bantuan kali ini berbeza sangat dengan bantuan sebelum2 ini.....

sebab apa?

kali ini..
dengan izin Allah, bantuan kita akan sampai ke Palestin,
kepada orang yang BENAR2 perlu di bantu,
dan biiznillah juga, bantuan kali ini sepenuhnya akan sampai...
insyaAllah tiada sekatan dari Israel...
insyaAllah President Turki akan join sekali dalam kapal tu...

tidak seperti bantuan2 sebelum ini
yang teramat payah untuk masuk Palestin
kalau dapat lepas palestin pun, bantuan yang dibenarkan masuk
hanyalah sedikit.......
kerana Israel akan cuba sedaya upaya untuk menghalang bantuan itu...

kalau tidak percaya, tanyalah kepada
mereka yang pernah masuk palestin,
melalui sempadan mesir-palestin,
lihatlah kewujudan trak2
yang tidak sampai ke palestin
tersadai di tepi sempadan dengan busuk
kerana makanan dalam trak tu
dah rosak.....



Jadi? ape perlu kita buat?
takkan nak sampaikan doa sahaja?
bukankah kita semua tergolong kepada orang yang mampu??

oleh itu,
sama2 lah kita
memberi sumbangan
tak sikit, banyak pon jadi.. hehe...

g kat website ni, utk pertanyaan dan bantuan
http//www.lifeline4gaza.org/

ingat, akhirat kelak,
Allah akan tanya... apa yang kita buat
bila Palestin dicincang oleh Israel....
Allah akan soal, kenapa duit yang ada
tidak diutamakan kepada saudara Islam yang menderita....

ikhlaskan hati...
hulurkan bantuan

to dear friends kat Tanta,

ingat
kempen 100LE seorang....
kalau g Fathallah boleh je habis
dekat seratus, ape salahnye...
kali ini dengan 100LE........


.........always remember that as muslim, hepling our muslim brother and sisters who suffer in Palestin is forever our main priority............

Last but not least,

doakan kami yg sedang menduduki practical examination tahun 1, Tanta U,
dan akan jawab written exam dlm next month...

Ya, Allah berikanlah kami mumtaz dalam peperiksaan final ini jikalau itu yang terbaik bagi kami.....

insyaAllah..

salam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

I do read comments :) so feel free to drop some.