Khamis, 18 Disember 2014

Hakikat ajakan berkahwin usia muda

Hakikat ajakan berkawin usia muda, dari sudut gadis biasa..

Selalu ternampak ajakan kahwin, dari segi kata-kata, ceramah, lawak komik yang berderet di facebook, dll. Seolah-olah ajakan kahwin itu macam ajakan hendak ke pasar pilih ikan.

Walaupun macam degil, tapi aku antara insan yang kurang gemar dengan ajakan itu. Sebabnya sekarang, masih lagi sendiri dan selesa sendiri, jadi tiba-tiba adakah aku perlu pening kepala dengan memaksa diri berkahwin.

Bukan tak nak kahwin, memang nak. Siapa yang tak nak?
Ok bila bercakap pasal jodoh, kita akan mula cakap pasal ciri-ciri lelaki pilihan.  Maka satu senarai dibuat dalam kepala semua orang. Tapi setelah aku amati semua ini, aku rasa yang penting sekali ialah persamaan pandangan hidup dan asas kehidupan.. 

Setiap orang ada pendapat dalam kehidupan. dan aku pun ada pendapat sendiri.
Bila macam-macam isu timbul di malaysia ni, timbul macam-macam pendapat. dan aku rasa semua ni bagus. Sebab aku pun secara bijaksana telah mencipta pendapat dan pegangan hidup seiring dengan apa yang berlaku di sekeliling aku serta isu-isu penting malaysia. macam politik, isu anjing, isu rasis, etc. 

Dulu masa aku kenal mesir, kenal islam balik dalam sikit, aku nak sangat lelaki solat subuh di masjid, solat 5 waktu masjid gak, jaga ikhtilat, at least tahu kitab Riyadus Salihin, dll. tapi bila aku balik malaysia dan tengok family sendiri yang biasa-biasa dan teringat sejarah aku ni dulu yang biasa juga, aku rasa tak layak nak request semua tu, jadi perkara ini menambah keserabutan kepala terhadap apa yang aku nak sebenarnya. 

Lelaki (Ikhwah) melayu kat mesir ni takde la hebat sangat. sebab bukan semua orang baik pon. dan bukan semua orang rajin nak talaqi dengan sheikh dan mencari guru-guru umpama mencari permata di sebalik debu mesir. Aku tahu ramai je biasa-biasa macam aku juga. Tapi aku rasa bagusnya ikhwah sini ialah kebanyakannya cakna dengan isu semasa. Bagi aku, kalau la seseorang nak ambil tahu isu-isu ni (tak kira la dia side mana) , adalah lebih baik daripada kebanyakan yang aku jumpe kat malaysia yang jenis tak nak ambil tahu langsung... Iya.. macam sedih tapi ramai macam tu, asalkan habis study gempak, grad, kerja, kawen. 

Jadi walaupun kadang-kadang aku mengelak cakap tak nak kawen, tak nak kawen orang mesir, dan ayat-ayat seumpamanya, tapi deep down, aku tak tau nak cari mana lagi lelaki mcm ikhwah mesir. or at least sama macam fahaman aku. Aku ni suka melawan. Suka nak berbeza pendapat. Sampai at one point aku terfikir takut gak nak kawen sebab boleh perang besar ni asyik nak beza pendapat je.

Tapiii

Semua ini tak bermakna kalau aku tak dipinang.. LOL ok memang lawak. 

ini bukan post merayu untuk dipinang atau menagih simpati. Tapi nak clearkan otak sendiri yang aku tak patut pun fikir semua ni sebab sebagai perempuan kita sebenarnya tak ada pilihan pun memilih lelaki. hanya menerima pinangan dan kalau banyak org pinang, banyak la pilihan... dan kalau takde siapa pinang, keje la elok2 dan be happy.


Ok la buka buku ophtal lagi bagus.
meh tengok video pembedahan yang kelas kami belajar tadi
pasal pembedahan untuk treat pesakit yang tersumbat laluan air mata ke hidung. (ala susahnya nak cerita dalam melayu) 



Ok, till then. 



Isnin, 18 November 2013

Perpisahan yang sementara, biiznillah.

Assalamualaikum

Bismillah.. 

Sekarang dah masuk minggu ke 4 untuk tahun yang penuh semangat juga penuh onak duri kusut masai kepala otak- Tahun 3. ahaks terover. sorry... Uni Tanta ni masih dengan sistem tradisional, tak guna sistem blok macam uni medic kat malaysia, jadi tahun ni belajar subjek patho, pharma, parasite and microbe. 

Tahun ni lain sangat dengan tahun-tahun lain.. Kenapa ya? Sebab Mesir bergolak buat kali kedua sepanjang kami belajar di sini.. Kalau ada evakuasi, evakuasi ini yang kedua. (tak sempat merasa naik flight free ke malaysia kali ni sebab da balik malaysia awal. ehe) Bermula dari situ, macam-macam berita di mesir. dari Dr Mursi diturunkan dengan kuasa tentera, si poyo As-Sisi berangan nak jadi pemerintah, serta peristiwa menyedihkan-- Rab3ah. (3 itu simbol ع ye, bukannye typo)

Selepas peristiwa Rab3ah.. dengan berita yang menakutkan di TV3 dan segala macam saluran berita lain tentang Mesir..hari2 pulak tu....maka ramai ibu bapa bimbang anak mereka di Mesir.. Jadi bermulalah pula episod "mencari tempat pelajar mesir di malaysia".. panjang juga episod tu. huhuhu.. Menteri kata lain, KPT kata lain, MMC kata lain, tapi last2 alhamdulillah selesai juga bagi mereka yang nak credit transfer ke Malaysia. Ini one-off offer. tiada lagi lubang2 akan dibuka lepas dari itu.... 

Maka dengan itu berkuranglah pelajar Malaysia di Tanta.. satu persatu.... Mula-mula rasa ok, rasa macam "ok la, tak la crowded sangat tanta dengan budak malaysia''.. Tapi bila kawan yang disayangi sangat pergi.. rasa macam.. aaaaa kenapa.... huuuuu... tapi tak boleh persoalkan/mendesak/membebankan sangat, sebab sebagai kawan kita kene supportive.. sobss.. 

And guess what, I choose to stay in Egypt.. because it is the clearer path on my view.. especially on the finance side. dan juga sebab2 lain.. seperti takut tak boleh cope cara uni tempat baru, persekitaran yang lebih sihat di Mesir (biah solehah), dll... Mungkin ada yang rasa, ala takpe.. persekitaran itu kita boleh adapt.. tapi bila fikir balik, adakah boleh aku tinggalkan tempat yang Allah dah letak di mana budak malaysia couple itu sangat rare, hari2 kene solat jemaah dengan housemates, setiap minggu ada orang ajak kita puasa sunat, baca quran, etc.. Takkan nak tinggal semua ni.. mana nak cari ooi.. balik malaysia 2-3 bulan pon da tak boleh nak dispilin diri baca ma'thurat. baca ma'thurat je pon.. memang tak boleh harap diri sendiri.. aihh... so I know, Egypt is the best for me. Maybe not for you, not for others, but it is for me...

Berita sedih pertama ialah sahabat yang disayangi, Atiqah Abdullah ke Malaysia untuk sambung di MSU Shah Alam.. (menangis sorang2 time ni sebab masa dia pindah tu, diri ini masih Malaysia lagi dan sedih tak dapat nak bye bye dia kat airport Cairo. yela, orang ganu. bila lagi nak jumpa?. "terengganu-johor macam mesir-malaysia" really miss her. Even now. Tah! ) I love her, lillah. she's my ukhti (walaupun sebaya hehe). she's my sheikhah. Bila ingat Tah, ingat Allah, pastu rasa malu kat diri sendiri bila nak hafal quran macam dia. Bagus kan bila ada kawan yg tak payah cakap apa2 pun, tapi bila tengok dia rasa nak buat baik je selalu. sobss.. 

Berita sedih kedua ialah sahabat yang memahami, Khairunnisa Maulut ke Malaysia untuk sambung di UCSI, Terengganu.. Keputusan beliau agak spontan. Sedih sangat juga. Suka sleepover rumah kak nisa. Bila rasa stress, lari rumah dia kejap.. huu. She's like a sister to me, and a great listener too! I still remember her excited face while listening patiently to all my bebelan suka duka. huhu. Like seriously, patutlah makcik-makcik suka dia. There's always a part of me that wanna be like her ;) harap jumpe time kerja nanti. 

Ada ramai lagi orang2 yang baik2 kat Tanta ni pergi, yang agak terkesan juga.. seperti Pina yang baik, Kak Amrah, Diya, Alya dan lain2.... 

Nasib baik Andi ada.. Andi rumah depan.. Tapi dengar2 mungkin dia nak pindah Kafr Isom (pasal sewa naik).. Sobs.. Tolonglah jangan pindah Andi... Stay Ma3rad pelis..I know, I'm not good at friendship (i'm aware of that) I can be so insensitive sometimes.. But please stay there.. huuuuu

Ok lah. mahu rancang kehidupan tanpa lagha dan leka. 
Mahu jadi lebih baik
Mahu berusaha jadi lebih baik dari semalam
Mahu mulakan episod baru.

Mohon doa! 

mak abah

adik
mesir pagi jumaat, lengang. biasalah cuti. arab tido lg. hehe. sorry angle tak brapa cun. nampak pendek gila. haha

p/s : I met a cat and I fall in love


Less than three,

Rabu, 15 Mei 2013

Kau Perlu Impak !

بسم الله الرحمن الرحيم

Gambar lama yang dicilok daripada fb seorang rakan yang disegani, Farahin Ayob. Tujuannya mahu memberikan motivasi kepada diri dan pembaca (kalau ada). Agak comel bukan?

Pernah ustaz kami mengungkapkan kata-kata ini, (I don't remember he quoted this from whom, sorry) :-

Barang siapa belajar Al-Quran, 
maka dia akan dikurniakan kemuliaan.
Barang siapa belajar Fiqh,  
maka kehormatannya mulia,
Barang siapa belajar Hadis
maka hujahnya menjadi kuat,
Barang siapa belajar Bahasa
maka tabiatnya lembut,
Barang siapa belajar Hisab (kira-kira), 
maka pendapatnya kuat,
Barang siapa yang tidak menjaga dirinya, 
maka ilmunya tidak akan beri manfaat kepadanya. 

dan ketika menghuraikan ungkapan di atas, tentang 'Bahasa', ustaz memberikan contoh sasterawan negara, A. Samad Said kerana tutur kata dan perwatakan tokoh tersebut sentiasa lembut. :)

Apapun, selamat study dan selamat menghadapi peperiksaan kawan! usaha sampai habis! dan ya, kau perlu impak! 



p/s : dah tukar nama blog. the shorter, the better (i guess)