Ahad, 23 Disember 2012

Kebakaran di Tanta

Bismillah..

Saat ini dikira hari Ahad nak masuk Isnin, lewat malam baru terfikir nak taip.. Pagi-pagi hening tadi dikejutkan dengan berita kebakaran adik tahun 1. Terkejut juga. Kebetulan di facebook ada orang share berita kematian 4 beranak disebab terbakar dalam suatu kemalangan kereta. Musibah demi musibah. Hanya Allah yang tahu hikmahnya. Moga mangsa kebakaran adik tersebut kuat dan tabah. Ada pengajaran umum di sini- jangan kunci bilik sewaktu ketiadaan diri di rumah. worst case scenario, apa-apa terjadi orang lain yang ingin bantu tidak dapat selamatkan bilik tersebut. 

Ok meh baca berita.
1. sumber : https://www.facebook.com/pages/Media-MedicMesir-Tanta/176813202457807
Laporan Media MedicMesir Tanta 
LORONG HUMMER : Pada tanggal 23 disember 2012, lebih kurang pukul 5 pagi tadi, kebakaran telah berlaku di rumah akhawat yang dikenalpasti sebagai pelajar pergigian tahun 1. Saksi, iaitu jiran bawah, menyatakan pada pukul 3 pagi, mereka terbau sesuatu yang pelik. Tetapi hanya pada pukul 5 pagi, salah seorang daripada saksi mndapat panggilan dari salah seorang mangsa yang panik menyatakan rumahnya terbakar. Saksi terus bergegas mendapatkan anak baba mereka dan beritahu tentang kebakaran itu. (Baba dan mama rumah mereka tiada di rumah).
Anak Baba, terus bergegas ke tempat kejadian dan mendapati kebakaran datang daripada bilik salah seorang mangsa.

Beliau memecahkan pintu dan mendapati asap hitam dan api yang marak. Beliau memanggil orang ramai meminta tolong untuk mendpatkan bantuan. Sementara menunggu bomba, mereka cuba memadamkn api dgn usaha membawa air daripada tingkat 4 ke tingkat 5.

Saksi menyatakan bahawa bomba sampai pada sekitar pukul 6 pagi dan api berjaya dipadamkan pada pukul 6.30 pagi.

Alhamdulillah, keadaan sekarang stabil dengan bantuan lebih kurang 20 orang akhawat dan 10 orang ikhwah bantu membersihkan rumah.

Bahagian yang teruk terbakar adalah bilik salah seorang mangsa dan bahagian ruang tamu.

*mangsa tidak mahu dinyatakan nama.

Syukur, tiada kecederaan yang dilaporkan.

Segala bentuk atau jenis sumbangan, boleh disalurkan melalui wakil wakil kelas
2. sumber : http://tanta.perubatan.org/v1/2012/12/kebakaran-rumah-kecil-kecil-disangka-mainan-besar-besar-memakan-diri/#.UNd-juScf-V
Tanta, 23 Disember 2012 – Warga Tanta dikejutkan dengan kebakaran yang berlaku di salah sebuah rumah akhawat di lorong Hummer. Kebakaran telah menjilat hangus bilik rumah tersebut.Kejadian kebakaran tersebut telah menyebabkan mangsa tinggal sehelai sepinggang. Alhamdulillah mangsa yang merupakan Tahun 1 fakulti pergigian Universiti Tanta tidak mengalami sebarang kecederaan kerana mangsa tiada di rumah.
Kebakaran yang mula berlaku pada 5.30 pagi mula disedari oleh ahli rumah mangsa yang pada ketika itu bangun untuk menunaikan solat Subuh.Pada ketika itu,rumah dalam keadaan gelap berikutan suis utama rumah tersebut tertutup.Rakan mangsa memeriksa suis utama untuk menghidupkan bekalan eletrik dalam rumah. Setelah beberapa kali memetik suis utama, rakan mangsa terbau sesuatu hangit lalu bergegas mencabut segala peralatan eletrik yang ada di dalam rumah, kecuali bilik mangsa.
Selepas beberapa ketika, rakan mangsa menyedari cahaya oren dari bilik mangsa, namun sedikit tidak terlintas di fikirannya itu merupakan api.Sangkaannya, mangsa berada di dalam bilik tersebut dan memasang pemanas ataupun ‘heater’.Namun, tidak lama selepas itu, cahaya oren dalam bilik mangsa bergerak-gerak menandakan itu bukan cahaya dari pemanas tetapi api yang marak menyala menyambar bilik.
Rakan mangsa bergegas menghubungi rakan-rakan lain bagi mendapatkan bantuan. Pengerusi PERUBATAN Cawangan Tanta, saudara Mohammad Naufal Mohammad Nasir, terus bergegas ke tempat kejadian setelah dimaklumkan akan kebakaran tersebut. Bersama beliau, bakal Pengerusi PERUBATAN Cawangan Tanta 13/14 saudara Aiman Dan Anuar, Syarifuddin Assiddiqin dan Ustaz Azri,Timbalan Pengerusi PMRAM Cawangan Tanta.
Pihak bomba tiba di tempat kejadian setelah setengah jam dihubungi. Setelah berhempas pulas memadamkan api, Alhamdulillah, mereka akhirnya berjaya memadamkan kebakaran dibantu jiran-jiran berdekatan. Setelah itu, mangsa bergegas ke balai polis diiringi saudara Naufal dan Ustaz Firdaus Shaharuddin, Pengerusi PMRAM Cawangan Tanta bagi membuat laporan dan keterangan. Kerugian dianggarkan sebanyak LE 10 500. Setelah selesai perbincangan dengan tuan rumah, satu kata sepakat telah dilakukan. Keseluruhan kos baikpulih berjumlah LE 8000, dan tuan rumah telah bersetuju agar mangsa hanya perlu membayar separuh dan ditolak dengan takmin LE1500, menjadikan jumlah yang diperlukan sebanyak LE 2500.
 3. Imej sebenar kebakaran

credit to fb Ayub Rizal 
credit to fb Media MM
Credit to fb Media MM
Menerima kunjungan embassy Msia - credit to blog PCT

Moga urusan seterusnya diringankan Allah... 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

I do read comments :) so feel free to drop some.